01 di parit raja - Google Blog Search |
BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search Posted: 02 Jul 2011 09:14 AM PDT Salam, Cerita kali ini seperti di tajuk di atas ya! semuanya mengenai program anak angkat di parit raja, Batu pahat, Johor tempoh hari. haha, ini merupakan kali PERTAMA! aku terlibat sama dalam program anak angkat ini. kami dijadualkan pergi mulai 13 mei hinggalah 16 mei. tepat jam 10:00 pagi waktu tempatan kami bertolak ke Parit Raja tesebut. Jam 3:00 petang, kami sampai di sana. proses pembahagian anak angkat dilakukan. Aku dan lagi dua orang rakanku yang bakal duduk serumah sudah main teka-teka yang mana satu ayah angkat yang bakal kami dapat. Pada mulanya tekaan kami semua salah, namun atas permintaan Makcik [yang sepatutnya menjadi mak angkat kami], kami ditukarkan dengan keluarga angkat yang lain. Dan cuba teka la! tekaan aku yang awal tadi yang benar. hahaha, rakan-rakan ku lagi dua orang itu sangatlah tension kerana melihat keluarga angkat seperti sangatlah seriusnya. Dah habis majlis penyerahan anak angkat, kami pun masing-masing balik mengikut keluarga angkat kami. Dalam perjalanan tu aku dan rakanku dah dok bisik-bisik macam manala nak borak-borak kalau ayah angkat ni serius je manjang. sampai je rumah, kami asyik beborak sahaja dengan ayah angkat. penuh dengan gelak ketawa, cerita politik Malayisia, motorsikal honda cup 70, kedai barang secondhand, kerepek yang sedap, makanan jawa dan macam-macam lagi. Eh! layang gambar sajalah. tak larat nak taip panjang-panjang.
ini lah rumah kami. KACAK bukan?! :) ini kami bersama keluarga angkat. ini aktiviti senaman di pagi hari sabtu. lawan takraw bersama pemuda-pemuda kampung parit jawa mana tak kami kalah, sekali mereka lipat camni. dua kali kami kalah. Oh! ini rumah sedara. [kira sedara la sebab ayah angkat dan tuan rumah ini adik beradik]. hebat bukan ada cendawan BESAR punya! Malam di sekolah agama parit raja. sedikit ceramah dari kami! ini pula aktiviti pagi ahad! membersihkan kawasan surau. ha! ini aktiviti tanam pokok setelah selesai membersihkan surau tersebut. sedikit birthday party dirumah sedara! ha! ini namanya rewang-rewang untuk masak nasi ambeng. cari la kat google apa itu nasi ambeng. ha! ini persembahan dari penduduk parit raja. KUDA KEPANG! BEST tau!
Tapi, gambar sewaktu majlis perpisahan tidak sempat diambil, sebabnya batery kamera sudah kehabisan sehabis mungkin. Balik penuh kepenatan. tapi! ayah angkat kami bagi macam-macam, daripada bekal makan tengah hari hingga la duit raya akan datang. advance tak kami? hehehe p/s: entry akan datang mungkin lebih luar biasa lainnya. hehe
si muncai etot Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di parit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan