01 di parit sulong - Google Blog Search |
BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search Posted: 17 Jun 2011 07:30 AM PDT Polis menghalang ceramah Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Gelang Patah malam tadi. Lebih 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter. Awalnya, Anwar turut dihalang untuk berceramah di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, menyebabkan pihak penganjur memindahkan lokasi ke Taman Dahlia. Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk. Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Anwar dalam ucapannya seperti biasa menghentam Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara. "Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap. Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan rakyat". "Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula". Anwar juga memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa. "Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah? Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar. p/s: Gua dapat berita, ceramah Anwar semakin tak dapat sambutan..., kalau di Ampang hari tu cuma 1500 yang datang.., di Gelang Patah ni pulak khabarnya tak sampai pun 1000 orang datang dengar Anwar menipu.. Sebab tu lah dia buat ucapan provokasi yang maki hamun Polis dan kerajaan. Semua tu umpan untuk Polis suruh dia berhenti berceramah. So, bolehlah dia tuduh Polis dan kerajaan halang dia untuk berucap.. Ini semua taktik lama Anwar.. Dia sebenarnya dah hilang kepercayaan dari rakyat.. Sapa nak percaya lagi kepada manusia yang tak penakut dengan sumpah mubahalah ni... Mampus lah lu Nuarr!! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search Posted: 30 Jun 2011 07:08 AM PDT Weekend yang terbaru, aku dengan Trisno dan Ali bergerak ke Gelang Patah untuk sesaje "menembak". Cuaca pun cukup cantik, awan biru dengan langit yang putih memang masa yang sesuai. Pada masa yang ditetapkan, jumpa di restoran Mc'Donald highway Skudai bersebelahan dengan stesyen minyak Caltex. Aku gerak sorang dari Pekan Nanas pada pukul 1.40 tengah hari. Sampai sana tepat pukul 2.40 petang. So, kitaorang gerak ke Gelang Patah pada jam 3.10 petang. Tempat tujuan adalah Kampung Pedas, Gelang Patah. Sebuah perkampungan nelayan yang terletak dihilir sungai bersebelah dengan Jambatan 2nd Link. Sampai kampung Pedas terus menuju ke jeti nelayan yang bersebelahan dengan Restoran Makanan Laut. Disamping mengambil gambar, byk jgk tips-tips yang trisno ajar pada aku dengan ali. Mcamane nak setting "picture style" nak set format.. Banyak jgk yang perlu di ambil kira untuk memastikan gambar yang menarik. Gambar-gambar ini adalah hasil dari outing hujung minggu lepas dengan trisno dan ali. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan