Jumaat, 22 Julai 2011

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 07:23 PM PDT

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 08:15 PM PDT

 Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Pagi Isnin yang cerah ini aku nak kongsi cerita mengenai majlis perkahwinan sahabat lama aku semasa zaman persekolah iaitu Saifuddin a.k.a Pudin dan juga Haryani a.k.a Yani. Kalau tak silap mereka ni menyulam cinta sejak Tingkatan 05 lagi dan ketika itu Pudin baru sahaja berada di sekolah kami lebih setahun (Tingkatan 1-3 di Sekolah Tinggi Batu Pahat). Jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.

Sedang belajar untuk bermain dengan salah satu gajet paling mahal.

Majlis diadakan di rumah pengantin pihak lelaki di Kampung Parit Mustaffa. Apa yang seronoknya, aku dapat sertai sesi fotografi yang ringkas di kediaman mereka bersama jurugambar rasmi merangkap sepupu aku, Faiz. Dn buat kali pertamanya, aku mencuba membiasakan diri dengan Nikkor 70-300MM yang bagi aku berat sangat. Maklumlah tak pernah pegang lens panjang (lens yang sesuai untuk melihat burung yang jauh di atas pokok). Terima kasih kepada pemilik lens tersebut, Faiz sebab bagi aku peluang untuk bermain dengan kamera beliau. Dia bagi aku guna D200 + lens 70-300MM. 

Kawan-kawan zaman sekolah aku dari kiri: Ruziani, Herlina, Natasha, Fariza, Izwan dan aku.

Bila dah pegang kamera ni, makin bersemangat aku nak belajar tangkap gambar dari sudut yang terbaik. Tapi kebanyakan gambar aku gagal sebab maklumlah baru kali pertama sertai sesi fotografi untuk majlis macam ni dan juga dapat lens berat dan panjang. Jadi, aku kena ambil gambar dari jarak yang agak jauh barulah muat-muat semua orang yang nak masuk.

Kebetulan pada hari tu hujan turun dan pengantin terpaksa menaiki kereta dan rombongannya jalan kaki berpayung untuk diarak. Nasib baik jambatan rumah Pudin ni ada bumbung. Jadi kami tangkap dari sini sahajalah.

Kesian pengantin agak berbasah sedikit terkena hujan. Aku ni yang takut nak hujan-hujankan kamera ni tapi aku cuba buat yang terbaik. Maklumlah, barang orang bukan barang aku (^__^). Pertama kali nak snap ni pun rasa berdebar. Mungkin takut terlepas scene yang cantik dan terbaik kot.

Bila pengantin sampai di jambatan, aku pula lari ke khemah tempat makan tetamu. Aku kena berada pada jarak yang jauh dengan subjek  untuk mendapatan dusut yang terbaik dan sempurna. Tapi segalanya kurang menjadi 100%. Yang baju ungu itulah yang dulu make up untuk majlis perkahwinan abang aku. Anak kepada mak andam yang sekarang pun jadi jurusolek pengantin.

Untuk majlis kali ini, tiada pelamin disediakan  tapi hanya untuk majlis makan beradab. Ringkas sahaja kan dan jimat kos. Sesi suap menyuap adalah benda wajib dalam fotografi pengantin. Macam mana nak buat ia jadi lain agaknya?lain macam mana?aku pun sedang fikir (^__^)

Kalau korang nak tahu kan?aku berjaya 'melicinkan' wajah mereka berdua ni. Setelah search di google tak jumpa tutorial untuk benda ni akhirnya aku cuba buat sendiri di Adobe Photoshop (Smudge Tool). Aku tak pasti orang lain guna teknik yang sama untuk buat muka kita licin.

Aku bagi laluan kepada jurufoto rasmi untuk berada betul-betul di hadapan kek. Aku hanya boleh 'tembak' dari tepi sahaja kerana di depan meja kek ini ada lopak air dan aku perlu 'tembak' dari jauh tapi ruang agak sempit dan makin jauh ke belakang makin ramai orang di hadapat. Apa boleh buat?dari tepi pun dah okay (^__^).

Shoot dalam bilik pula. Bilik agak sempit dan kurang sesuai untuk pemegang lensa 70-300MM macam aku ni. Dari mana kau nak tembak?terpaksalah melekat di dinding ataupun panjat kerusi. Tak pun suruh pengantin baring atas lantai.

Bersama adik-adiknya, Wawa di sebelah kanan Pudin yang telah selamat melangsungkan pertunangannya malam sebelum majlis abangnya ini. Hantaran?5 angka wooo! tapi belas ribu sahaja. Dengan orang mana?Orang Parit Warijo, Sri Medan. Kerja apa?aku pun tak tahu..

Gigih melekat di dinding cuba untuk dapatkan reflection pada cermin. Tapi disebabkan lens ni panjang, hasilnya kurang menjadi dengan berkesan dan muka Pudin pun tak nampak dalam foto ini.

Sesi outdoor dibuat setelah hujan berhenti. Kalaulah langit berwarna biru dan awan berkepul-kepul lagi cantik. Tapi sepanjang hari itu, suasana redup sahaja dan mendung.

Sahabat kami yang hadir dari kiri: Zabir (sepupu aku), pengantin, Fahmi dan Faiz (sepupu aku juga)

Dan juga bersama kawan-kawan sekampung yang rewang pada majlis tersebut.

Kalau nak tahu, yang bertudung merah tu adalah cikgu sekolah agama aku iaitu Cikgu Khamsaton. Guru kelas semasa aku darjah 6 Sekolah Agama Seri Maimon. Mengajar dengan sifat penuh keibuan membuatkan aku terbuai sambil mengantuk (^__^)

Dua foto di atas ni aku amat berpuas hati walaupun  banyak benda yang perlu diperbaiki. Nak belajar?pergilah rujuk Facebook jurufoto-jurufoto yang terbaik dan juga blog mereka. Yang penting niat barulah boleh jalan (^__^)

Yang ini aku suka sebab aku dapat fokus ke kek yang baru aku perasan cantik selepas lihat foto ini semula. Apa yang cantik?sebab pencahayaan tu jelas ke arah kek tersebut. Disebabkan lens panjang/jauh aku tak reti duduk lama-lama nak fokus pada pengantin pula. PENAT!

Geng lama zaman sekolah. Kalau tak silap dulu mereka ni ahli kadet polis kan..Fariza dah bertunang. Bila majlis kau?. Herlina pula, aku rasa ada persamaanya dengan Lynda Roslan, bak kata Anis kaki kapal ek? (^__^). Apa pun, cantik kebaya merah jambu kau Lynn!

Jurufoto memberi arahan. Tengok beg yang dia bawa tu kecil sahaja, aku pula yang melebih-lebih bawa beg besar-besar.

Ini bukan bekas teman wanita Pudin tau tapi ini rombongan dari keluarga sebelah pengantin perempuan.  Abaikan segala puisi yang ditulis kerana itu hanyalah hiasan semata-mata dan doa aku untuk pasangan pengantin. Tapi muka wanita ni 'memang tak boleh pergi derr...'

Foto terakhir sebelum menamatkan tugas dan balik rumah. Aku ucapkan selamat pengantin baru kepada Pudin dan Yanie. Semoga anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kalau ada benda yang kecik jangan diperbesar-besarkan, tanamkan sifat kepercayaan antara satu sama lain dan yang penting sentiasa sabar menghadapi dugaan sepanjang berkeluarga ini. Insyaallah akan berkekalan selamanya. Kononnya aku pegang bunga tu sebab lepas ni giliran majlis aku pula agaknya kan?! 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 07:15 PM PDT


Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang"utusan.com.my


Muhammad Kamran Babar Nazir Khan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan pernikahan antara penuntut tempatan, Yani Yuhana Mohd. Zambri yang mendakwa dirinya disihir oleh lelaki warga Pakistan, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan adalah sah mengikut hukum syarak.

Menurut Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan, Yani Yuhana selaku defendan telah gagal memanggil saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut walaupun wanita itu mengemukakan laporan polis dan surat dari Pusat Pengubatan Islam Darussyifa kepada mahkamah.

Beliau berpendapat Yani Yuhana, 25, berada dalam keadaan sedar dan waras ketika majlis pernikahan berlangsung di Sadiqadad Raw, Pakistan, pada 2 April 2009 kerana defendan didapati ceria seperti dilihat dalam album gambar kahwin.

Ujar beliau lagi, Yani Yuhana juga didapati waras kerana sebelum tarikh majlis pernikahan, dia yang ketika itu menuntut di United Kingdom telah berlepas dengan menaiki kapal terbang secara berseorangan menuju ke Pakistan.

Abdul Walid turut menjawab mengenai isu yang dibangkitkan oleh peguam syarie Othman Mohd. Noor yang mewakili Yani Yuhana mengenai perbezaan rukun nikah mengikut Syafie dan Hanafi.

''Walaupun rukun nikah menurut Syafie adalah wali, sighah, suami, isteri serta dua saksi, manakala Hanafi hanya mempunyai dua rukun sahaja iaitu ijab dan qabul, tetapi hukum syarak merangkumi semua mazhab.

''Oleh demikian, permohonan pengesahan pernikahan tersebut yang difailkan oleh Muhammad Kamran selaku plaintif, tahun lalu adalah sah kerana proses perkahwinan itu berlaku disaksikan oleh pendaftar perkahwinan dan dua saksi lelaki,'' kata hakim tersebut.

Beliau menambah, Kementerian Luar Negeri Pakistan dan Kedutaan Pakistan di Malaysia juga mengesahkan kesahihan sijil pernikahan Yani Yuhana dan Muhammad Kamran.

Abdul Walid mengakhiri kertas penghakiman setebal 50 muka surat yang dibacakan dalam masa sejam dengan menegur ahli keluarga kerana sering menganggu prosiding seperti menghina mahkamah.

Sejurus itu, Othman bangun dan memberitahu bahawa anak guamnya, Yani Yuhana ingin mengemukakan permohonan khuluk (tebus talak) namun pihaknya akan melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah selepas Abdul Walid mencadangkan ia didaftarkan terlebih dahulu.

Selepas prosiding selesai, Yani Yuhana dilihat menyerahkan wang tunai RM350 kepada Muhammad Kamran, 49, sebagai salah satu proses khuluk, namun lelaki itu yang diwakili peguam syarie Muhamad Burok enggan menerimanya kerana tidak bersetuju untuk bercerai dengan penuntut tersebut.

Prosiding pada hari ini berlangsung dalam keadaan aman dengan dikawal oleh 10 anggota polis walaupun pada beberapa perbicaraan lalu suasana menjadi kecoh dan bising.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads