Selasa, 26 Julai 2011

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Radar bakal diguna dalam kawal perairan <b>Pengerang</b> | Broadcast.my

Posted: 17 Jul 2011 12:05 AM PDT

Radar bakal diguna dalam kawal perairan Pengerang

17/07/2011 2:19pm

JOHOR BAHRU 17 Julai — Usaha pemantauan di perairan Pengerang daripada sebarang kegiatan jenayah di lautan bakal menjadi lebih berkesan apabila kerajaan memasang radar pengawasan di lokasi daratan yang strategik di kawasan itu.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, ini berikutan rancangan kerajaan untuk menempatkan sebuah radar di bukit strategik di pesisir pantai Pengerang.

"Kita memerlukan radar untuk mengawasi kawasan perairan (di kawasan perairan Pengerang) dan kita difahamkan kerajaan sedang di dalam perancangan untuk membina sebuah stesen radar," katanya kepada Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Pada ketika ini, katanya, terdapat sebuah radar yang ditempatkan di salah sebuah bukit di Pengerang, tetapi ia memainkan fungsi keselamatan selain daripada mengawasi kawasan pesisir pantai Pengerang.

Menurut Zulkifli, bagi memastikan pengawasan kawasan pesisir pantai Pengerang bebas daripada segala jenis jenayah di lautan termasuk oleh sindiket penyeludupan manusia, sekurang-kurangnya dua stesen radar diperlukan.

Kawasan pesisir pantai Pengerang yang panjang serta kedudukannya yang hanya terletak kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot ke Batam, Indonesia menjadikan ia laluan utama sindiket penyeludupan manusia.

Selain itu, katanya, kawasan perairan Pengerang juga berhadapan dengan jenayah rompakan laut, pencemaran, pertukaran kapal ke kapal dan pelbagai jenis jenayah di lautan yang lain.

Kata Zulkifli, APMM kini bergantung kepada radar-radar yang dimiliki oleh kapal perondanya bagi membantu agensi itu mengawasi perairan negara di selatan tanah air daripada dicerobohi. — Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • lokasi stesen radar pengerang
  • Stesen radar pengerang

Short URL: http://broadcast.my/?p=14705

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads