Sabtu, 30 Julai 2011

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Radar bakal diguna dalam kawal perairan <b>Pengerang</b> | Broadcast.my

Posted: 17 Jul 2011 12:05 AM PDT

Radar bakal diguna dalam kawal perairan Pengerang

17/07/2011 2:19pm

JOHOR BAHRU 17 Julai — Usaha pemantauan di perairan Pengerang daripada sebarang kegiatan jenayah di lautan bakal menjadi lebih berkesan apabila kerajaan memasang radar pengawasan di lokasi daratan yang strategik di kawasan itu.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, ini berikutan rancangan kerajaan untuk menempatkan sebuah radar di bukit strategik di pesisir pantai Pengerang.

"Kita memerlukan radar untuk mengawasi kawasan perairan (di kawasan perairan Pengerang) dan kita difahamkan kerajaan sedang di dalam perancangan untuk membina sebuah stesen radar," katanya kepada Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Pada ketika ini, katanya, terdapat sebuah radar yang ditempatkan di salah sebuah bukit di Pengerang, tetapi ia memainkan fungsi keselamatan selain daripada mengawasi kawasan pesisir pantai Pengerang.

Menurut Zulkifli, bagi memastikan pengawasan kawasan pesisir pantai Pengerang bebas daripada segala jenis jenayah di lautan termasuk oleh sindiket penyeludupan manusia, sekurang-kurangnya dua stesen radar diperlukan.

Kawasan pesisir pantai Pengerang yang panjang serta kedudukannya yang hanya terletak kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot ke Batam, Indonesia menjadikan ia laluan utama sindiket penyeludupan manusia.

Selain itu, katanya, kawasan perairan Pengerang juga berhadapan dengan jenayah rompakan laut, pencemaran, pertukaran kapal ke kapal dan pelbagai jenis jenayah di lautan yang lain.

Kata Zulkifli, APMM kini bergantung kepada radar-radar yang dimiliki oleh kapal perondanya bagi membantu agensi itu mengawasi perairan negara di selatan tanah air daripada dicerobohi. — Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • lokasi stesen radar pengerang
  • Stesen radar pengerang

Short URL: http://broadcast.my/?p=14705

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Tepak Bersulam.com: Salam sahabat <b>di Pengerang</b>

Posted: 01 Apr 2011 01:46 PM PDT

Salam kawan kawan , khususnya kawan kawan dari Pengerang. Apa khabar YB Che Gu Haron , apa khabar Che Gu Wahab , apa khabar Atan Ketua Pemuda UMNO Pengerang . Apa khabar Pak Akob dan apa khabar Tok Halidon. lama kita tidak bersua dan bertanya khabar. Apa khabar semua sahabat sahabat yang saya kenali lelaki dan perempuan , Suriati , Hawa , boy , Khan, Zambri YB Kak Mimah. Macam mana Kak Mimah ok ker jadi YB? Al Fatihah kepada Allahyarham Macha.Takziah buat keluarga beliau. Azalina tak datang ya......

Bukan apa kawan sebenarnya nak bagi notis kat kawan kawan di Pengerang, war war kan kepada semua bahawa kawan akan mula aktif menulis balik babak kedua kesah si Tanggang - SI Tanggangi II. Kali ini hebat kerana ada banyak gambar gambar baru dari Singapore dan juga Gambar orang orang Thailand yang saya dapat untuk di pratontonkan.Kali ini si Tangang II memang hebat berkisar berapa berita menarik. Tentu menarik kerana penulis difahamkan tentu sekali DS Najib tahu akan semua tingkah laku Ahli Ahli parlimen beliau, jika Anwar dengan Video ahak ahak dia , kita jugaakan dapat melihat Video terbaru si Tanggang dengan ahkz ahakz nya. Latest.Lama penulis simpan story ini ~TepakBersulam

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads