Khamis, 7 Julai 2011

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


hohoho...: <b>segamat di</b> hatiku

Posted: 06 Jul 2011 08:58 PM PDT

mendung pulak pepagi ni. lepas tu da siap sidai kain kenala sidai kat dalam rumah area belakang tu. kalau sidai kat tempat parking ni satu hal pulak bila angin kuat  jek, mulala terbalik ampaian beroda den ni aaaa....

hujan-hujan ni tetiba teringat zaman belajar kat Segamat dulu. tahun 1999-2002.

duduk kolej, makan tak yah pening kepala... makan kat dining jek.kalau boring, amik kad makan kawan-kawan lepas tu tapau nasi banyak-banyak, bawak kat kitchen yang ade kat wing kami, masak le nasi goreng. makan reramai ala-ala kenduri. roommate aku dulu antu kicap. tiap kali makan kat dining bawak kicap sebagai pembuka selera.

bila outing kena letak kad outing kat guard house. kad ikut kaler kolej. kad kolej aku warna biru. sape dapat pointer bawah 2.00 kot kad kaler putih dan outing seminggu sekali dan balik sebulan sekali je kot. tah, ingat-ingat lupa tapi yang penting memang restricted sikit kad kaler putih tu.

pak guard muka sangat bajet garang. aku yang muka macam naif ni pun kena sedas. "eh betulke kad outing awak ni. macam muka budak sekolah rendah je tak sama pun..." haih benda kecik gitu pun nak cari pasal. nak wat camne dah saya kelihatan awet muda dalam gambar. grr grrr grrr.. oh tapi mungkin pak guard kan bekas-bekas tentera kan. jadinya konon macam nak bermesra-mesra tapi ala-ala ganas gak.

bila nak ke bandar kena naik bas kuning. lima posen sampai bandar. paling sebal dengan sorang driver nama A. mak aiiiii...selagi bas tak macam tin sardin cap ayam, "masuk lagi bole lagi masuk lagi belakang lagi." grrr grrr...bas manade ekon panas weh. pastu kalau tak ramai singgit sorang dia caj.cet.

yang paling pemes amos kat Segamat ialah burger segamat oleh seorang pakcik dan anak pakcik yang yang hensem. laku gile. kawan aku siap tapau burger pastu makan kat mekdi. nakal betul. wujud lagi ke gerai burger ni?

pastu nak sesi makan-makan kat gerai yang dipanggil benteng. tah nape panggil benteng aku pun tak faham. paling glemer benteng fatimah. kedai akak tu katanya tiap kali cuti semester memang akan tutup sebab students yang biasa meramaikan kedai dan mengkayakan makcik fatimah. menu paling glemer ialah nasi goreng ayam berlada. wujud lagi ke benteng ni?

kat kolej aku pun ade benteng. tukang masak paling glemer ialah Along. cantik manis berbudi bahasa buat orang suka. tapi mak dia mulut riuh amat sampai benteng beliau digelar, benteng makcik bising. kalau mood baik panggil benteng along la. kedai makcik sebelah dipanggil makcik senyap sebab makcik tu memang jarang kuar suara. menu best nasi goreng ikan masin kalau tak silap. kedai along memang ramai orang. tak sanggup tunggu sila pergi ke kedai makcik senyap. yang paling aku ingat menu best kat kedai along ialah nasi goreng sardin, kue tiaw goreng dan mee bandung. 

kadang-kadang dengan segan silu tersipu malu aku pergi gak kat benteng yang dekat dengan kolej adik aku. sebab nak tukar selera. iye, adik aku pun sesame tempat belajo dengan aku ni. pastu classmate tak percaya, "apesal adik ko cun muka ko tak cun, apesal adik ko cerah, ko macam kaler teh tarik kurang manis" komen ikhlas dari kawan-kawan sejati. hamboi. pergi benteng sila pastikan takde kaum adam kat situ. pemalu sungguh aku dan kawan aku time tu. kat benteng tu kebanyakan makanan yang dah siap masak. kawan aku paling suka mee jawa. tapi ngelatla makcik tu mee jawa sekejap ada sekejap takde.

cerita bab malu ni, kami kadang-kadang suka la nak menyihatkan tubuh badan kononnya hari minggu. maka nak berjogging kena sebelum 7 pagi. kalau tidakkkkkkkk....masa kau tiba dekat kolej lelaki mulalah diorang bergayut dekat tingkap dan fewit mewit bagai. masa tu kau rasa nak cabut kepala ko kejap sambil berlari laju-laju sampai kolej. grrr...grrrr...

oklah. banyak beno cerita menggamit memori hari ni. masuk uni memang mengajar aku betul-betul berdikari .pastu jumpa kawan-kawan lain negeri kan. kena adapt dengan diorang lak. belajo makan budu, cencaluk, tempoyak. dengan senior lagi yang mula-mula bajet bengis sehingga mengecutkan perut. eh kenapa tetiba guna AKU dalam entry harini??

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads