Jumaat, 15 Julai 2011

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di segamat</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata 'segera amat' atau 'segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.

Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.

Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, "Segar amat rasa badan ini" kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.

Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. (Lihat pautan luar - Sejarah Segamat).

Terletak di antaraKuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan Felda serta Felcra. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.

Setelah pembentukan Daerah Segamat, kerajaan mula membangunkan Segamat terutamanya dengan aktiviti pertanian bagi memacu ekonomi Segamat. Ia termasuklah pembinaan Sistem Kereta api Kebangsaan yang melalui bandar Segamat.Stesen KTM Segamat memberi perkhidmatan kereta api bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar Johor serta pembinaan jalan utama yang dikenali sebagai Laluan Persekutuan.

Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantan serta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Kampus cawangan Johor bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dibina di Jementah pada penghujung 1980-an dan mula beroperasi pada tahun 1991. Pembinaan kampus UiTM di daerah Segamat menjadikan Segamat sebagai satu lagi hab pendidikan utama di Johor selain Skudai yang menempatkan Universiti Teknologi Malaysia.

Pada tahun 1996,Pelabuhan Darat Segamat dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui Kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Pada tahun 1999, jambatan kedua Segamat, dibiayai terutamanya oleh pemaju swasta telah dibina bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej Jalan Lingkaran Dalam Segamat yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005.Jalan Lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 11 mukim. Setiap mukim ditadbir oleh Penghulu atau Ketua Kampung mewakili Pegawai Daerah untuk tugas harian. Mukim-mukim di Segamat adalah seperti berikut:-

  • Mukim Sungai Segamat – penempatan berdekatan bandar dengan lebih separuh penduduk
  • Mukim Gemereh – Mukim terkecil di Segamat
  • Mukim Bekok – Mukim terbesar di Segamat
  • Mukim Jabi
  • Mukim Sermin
  • Mukim Buloh Kasap
  • Mukim Jementah
  • Mukim Pogoh
  • Mukim Labis
  • Mukim Chaah
  • Mukim Gemas

Mukim Sungai Segamat merupakan penempatan yang padat kerana kebanyakan penempatan dibina berdekatan bandar. Populasi penduduk yang padat di Segamat adalah di Mukim Gemereh diikuti Mukim Sungai Segamat dengan lebih 200 penduduk per km2. Mukim Bekok merupakan mukim paling sedikit penduduk dengan 50 penduduk per km2.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Majlis Daerah Segamat (di pusat bandar segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara) dan Majlis Daerah Labis di pekan Labis dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Selatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads