Sabtu, 30 Julai 2011

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di skudai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 09:42 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Kucing Hitam Dipenjara <b>Di Skudai</b>|Segalanya Disini. . .

Posted: 26 May 2011 01:54 AM PDT

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

"Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

"Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

"Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

"Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

"Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

"Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

"Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

"Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

azlina ishak: RENTETAN KENANGAN BERSAMA <b>DI</b> UTM <b>SKUDAI</b> JOHOR

Posted: 13 Jul 2011 10:33 AM PDT

(untuk mendapatkan feeling sile la play lagu aizat tu,very nice song ;)
bertempat di UTM,skudai johor kami berjuang bersama untuk kali terakhir untuk majlis tamat latihan pegawai KOR SUKSIS IPTA SeMALAYSIA kali ke 7. Dgn itu dpt lah kami pangkat sebgi inspektor sukarelawan siswa siswazah(gler pdgn drjat kau ni ika)..=p
selame 2 minggu kami menjalani latihan kawad untuk perbarisan pade 10july. mcm2 cabaran ketorg kne hadap,nk xnk kau kne bgn kol5,4 pagi ,nk tak xnk kau kne telan ape yg die bgi mkn,lalu xlalu nk mkn kau kne mkn jgk(tp bab mknn mmg 5star aku bgi),nk xnk kau kne trime hakikat kulit muke kau akan bertukar colour!!! gelap sey!!! nk kate bebelang xyah cte,mmg ketare abis,mane xnye kau kawad kt padang kawad bukan kt dlm hall..nk2 time matahari ketag ats kple..
minggu yg pertame sume berjln lancar utk aku trime..masok minngu kedua kau da trse beban kt bahu kau semakin trase,stress yg masih bole dikawal.tp tp tp...dgn adenye sahabat wa yg wa CINTA,segle stress tu kite akan dpt atsi.itulah pentingnye bersahabat;)
slm ditauliahkan selame 3thun kami bersama dan saat segalenye sudah slesai,masing2 antre kami pegawai suksis seramai 47 org(20 girl 27 boy)
akan bawak haluan masing2,wlopn mgkin ade kesemptn untuk berjmpe  tp suasana akan berubah dan itulah yg membuat kami dak pempuan yg sng kluar air mate nie nangis saat perpisahan terjadi.3thn kami bersame byk memory yg da kteorg create. hanya kami dan Dia saje yg tahu
YA ALLAH berkatilah persahabatan kami andai tiada kesempatan kami untuk bertemu di dunia Kau pertemukanlah kami di syurga nanti....amin......
kenangan time gi lawatan kt TUDM
hahh kau! terbentang indah bnner
hari ke pertame warne kulit msih tdk menankutkan sume mak mentue kt malaysia nie

wktu kelepasan kteorg dak2 UiTM pulau pinang membuang mase bersame sementre mase msih ade=(


wlo ape cabaran trskanlah tersenyum...a.k.a. PASRAH...=)

kau tgk muke aku yg tersenyum riang,gelap yg amat.
dpn aku tu msih putih ini krne genetik dri parents die membuat die nmpk sebegitu.
arrgghhh!! tension aku tgk muke kau ainaa nasa!! same jew
as usual persembahan dari PDRM
barisan kaum adam mengorak lgkh
kaum hawa bersedia melakukn formasi.saat nie mulut kau harus kire step klu x mmg kau berpotensi utk memcacatkan detachmen tu.
itu dia! KPN(ketua polis negara) Tan Sri Ismail Omar meniki kereta istiadat
                                                                          
                 ini aldh situasi biase kau akan lihat saat tibe body da kekurgkan air dan otak kekurgn                          oksigen.maka utk itu bekalan air dan oksigen time kawad sgt3 PENTING!!!!!!!!!!!!!


 last dinner together with skuad 08 family
majlis nie ade jugak terselit kt Utusan Malaysia click here
P/S: SGT JATUH CINTA DGN LAGU ALYAH-KISAH HATI!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads