Khamis, 7 Julai 2011

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: <b>di negeri johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

Program &#39;JOM MASUK KESATUAN&#39; Anjuran KPISM 2011 <b>di Negeri Johor</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 06:59 PM PDT

Program berbentuk Jelajah KPISM ke seluruh negeri Johor ini melibatkan Jawatankuasa Dalaman KPISM Negeri Johor dan Jawatankuasa KPISM Pusat. Tajuk Program ini juga ialah "Jelajah Jom masuk Kesatuan 2011" Peringkat KPISM Negeri Johor. Kekuatan KPISM ini dapat dimanifestasikan berdasarkan dengan jumlah keahlian yang tinggi serta menyeluruh. Selain itu, ianya turut memberi peluang kepada ahli-ahli KPISM untuk bertemu dengan kepimpinan KPISM peringkat pusat dan meluahkan permasalahan yang timbul. Di samping itu juga, diharapkan program ini dapat memberikan pengalaman dan pendedahan kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang merupakan Jawatankuasa Dalaman KPISM Negeri Johor sesi 2010/2012 agar dapat melaksanakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi. Antara Pengisian program ini ialah :-
1 Mendaftar keahlian baru bagi kakitangan pelaksana dalam Jabatan Imigresen Negeri Johor yang masih belum berdaftar sebagai ahli.
2 Menyampaikan informasi terkini mengenai KPISM bagi penggal 2011-2012
3 Menyelami permasalahan ahli-ahli di pejabat-pejabat Imigresen cawangan di Seluruh Negeri Johor.
Tema bagi program ini ialah "1Imigresen, 1KPISM, 1Kesepakatan". Objektif program ini diadakan ialah :-
1. Meningkatkan keahlian KPISM peringkat Negeri Johor semaksimum yang mungkin.
2. Meletakkan KPISM pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan ahli-ahli dalam hasrat untuk mencapai status bertaraf kesatuan sekerja kelas pertama.
3. Menjana ahli-ahli KPISM yang lebih beridealisme, berkarisma, proaktif dan kreatif menerusi penyertaan serta dialog yang lebih terbuka dengan kepimpinan tertinggi KPISM.
4. Membina komuniti berkesatuan yang lebih kukuh dengan memupuk etika berkongsi dan saling bantu membantu dalam satu Jabatan.
5. Mewujudkan jalinan dan ushasama yang baik di antara Jawatankuasa Dalaman KPISM Negeri Johor dengan Jabatan Imigresen Negeri Johor.
Program ini telah berlangsung di Pejabat-Pejabat Imigresen Negeri Johor, antaranya ialah di Pejabat Imigresen Stulan Laut, Pejabat Imigresen Kulai Jaya, Pejabat Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Ibu Pejabat Imigresen Negeri Johor, Setia Tropika, Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Pejabat Imigresen Pasir Gudang, Pejabat Imigresen Kukup dan Depoh Imigresen Pekan Nenas. Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai matlamat KPISM dan ahli-ahli di mata warga Jabatan Inigresen Malaysia, dan kami juga. Semoga nama Jabatan Imigresen Malaysia dan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) harum di kalangan warga Imigresen kahasnya dan rakyat negara Malaysia yang tercinta ini umumnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads