Rabu, 10 Ogos 2011

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


JJCM <b>di Batu Pahat</b>, Johor « My Life, Listed…

Posted: 31 Jul 2011 02:39 PM PDT

Malas nak cerita panjang-panjang. Layan gambar jelah… Ni kat kampung kucingorengemok. Patutlah dia suka makan.. Semua sedap dan harga berpatutan di sini..

1. Nasi Baryani Mohd Shah (now Mohd Esa)

Beratur, jangan tak  beratur

Nasi Beriani + Telur Pindang

Beriani Kambing (Kat sini ada ayam / kambing je. Lembu takde).

2. Gerai Kuih Tepi Jalan (Nama jalan tak ingat dah)

Kuih Keria yang lemak dan lembut

Sosej Roll Mini Bergula

PisGor. Kalau gi BP tak makan pisgor tak lengkap. Siap dengan sambal kicap.

3. Cendol Mohamed Ishak (No. 12, Jalan Engan)

Kurang Manis. Berlemak. Sodap.

4. Pasar Malam

Punyelah ramai manusia.. macam pasar malam. Tp peginya petang.

Gerai yang deep fry semua jenis sandwich

Terliuq dak? Cuba bayangkan param petang karang.. hahah

Sardin.. Ayam.. Daging..

Sosej.. semua deep fry

Ni gerai yang biasa jual nugget, balls cucuk-cucuk tu.
Tapi yang menarik tu, segala macam bahagian ayam pun dia jual – kulit, tokeng, etc…

Dah lama tak makan putu bambu.. Dulu masa kat Shah Alam, tiap-tiap minggu beli kat Pasar Malam Seksyen 17. Kat Seremban, 5 je RM2. Murah kan BP ni.

5. Kedai Makan Ishaq Quddus (Jalan Mohd Salleh )

Warung yang nampak sungguh humble. Tapi makanan meletops.

Yang ni makan dua ketul je.

Budak kecik tu makan, tak nak sayur bagai…

Mee Rebus. Pedas, manis-manis sket. The way I like it.

Lontong ni kurang meletop sket. Sbb kuah dia pucat je. Tp boleh lah.

Nasi Goreng Kampung. Sedap. And mmg meletop sebab pedassss~

Nasi Goreng Biasa. Yang ni boleh makan dengan bertenang. Kawan aku kata macam rasa Nasi Goreng Bandung Jalanan.

6. Kedai  Makan Chop Tong Ah (Jalan Engan)

Nampak tak ramai orang beratur tunggu meja tu?

Kopi dia mmg enak!!! Mcm kat kluang tu.. Cina mmg pandai buat kopi sodap agaknya.

Tuan punya kedai cuma serve roti bakar dengan minuman sahaja. Yang lain, akak-akak Melayu kat depan dan kiri kedai ni jual.

Nasi ayam for breakfast? Super sedap!

Mee rebus yang .. tak taulah apa nak cakap. Sedaaaaaaappppp.

Sate ni lah highlight of the breakfast. Sedap macam turun dari langit, bak kata tour guide saya. Dah esok pagi pun masih sedap. Enak dimakan begitu saja.

Ni akak yang membakarnya. Guna tangan je mengipas. Takde kipas elektrik ye.

The damage done.

7. Pasar Pagi

Sebelah je kedai kopi tadi. Macam-macam ada.. tapi sebab dah kenyang, tak beli apa-apa kecuali…

Apam balik yang gebu.. dan berlemak.. Sedapnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

<b>batu pahat</b> food fest … | Neddo Studio

Posted: 17 Jul 2011 07:53 AM PDT

Seperti yang dijanjikan, kita sambung jalan-jalan kita di Batu Pahat dengan acara yang paling penting – makan!

Brekpes

Apa, korang hengat sebab aku sibuk jadik bakal doktor kat situ, aku makan makanan spital je ek? No no no! [walaupun sebenarnya makanan kat kafe Hospital Batu Pahat tu boleh tahan gak la].

Dulu, aku ngan partner-in-crime aku Cik Shangari akan 'lesap' dalam kul 9 pagi untuk menghantui hidup makcik nasi lemak Taman Soga. Lokasinya agak tersorok – di antara lorong-lorong rumah korang akan jumpa satu gerai kecik. Sekali pandang, lauknya memang tak banyak – telur sambal, telur goreng, sambal sotong. Selalunya ni je. Lauk fancy-fancy macam kerang, paru, rendang, ayam goreng semua tak kelihatan. Skeptikal? Suapkanlah dulu nasi lemak bergaul sebati dengan sambal, nescaya anda akan terasa kehebatannya! Makcik ini telah membuktikan the best things in life are the simplest ones [memandangkan dalam dunia materialistik zaman skang ni, frasa the best things in life are free dah macam takleh diguna pakai. Gilo kau, kalau makcik ni kasik nasi lemak free, sapo nak tanggung anak dio? Ekau ko?]. Selain nasi lemak, makcik ni pun ada jual kuih-muih, dan karipap dia memang best. Bukan macam karipap yang nampak je gebu, tapi dalam lagi banyak angin daripada kentang. Karipap dia, tak kira sardin mahupun kentang, bukan setakat berisi malah sesedap rasa.

Lunching-munching

Korang dah cukup terliur? Rilek la, tu baru intro. Baru brekpes, beb. Untuk hidangan tengahari, Cik Shangari aku dulu gemar berkunjung ke Nasi Ayam Gemas. Ye, aku tahu .. Gemas kat Negeri Sembilan. Habis tu, kedai yang bersepah kat KL ni tertera Nasi Kandar Penang la, Mee Rebus Johor la .. korang tak komplen plak!

Nasi Ayam Gemas ni tang nasik dia leh dikatakan sedap la. Ayam so-so je. Sup pun pass, cuma kekadang masa zaman garam murah [wujudkah zaman itu?] dia pemurah garam sket. Tapi takleh lawan lagi Nasi Ayam Mancongkam [cawangan Seremban ye. Cawangan Gombak agak hampeh].

Lunch membawak ke tea time korang juga boleh melayan rangkaian kedai kopi yang HANYA ADA .. yer, hanya ada di Batu Pahat. Kedai ini bernama Rengit Coffee [atau nama asalnya Dagan Coffee di mana maskotnya adalah seekor gajah]. Cik Shangari telah tanpa segan-silu melantik dirinya menjadi maskot [dia yang sebut maskot, okay! Kitorang lantik dia jadik duta, dia yang nak jadik maskot] kedai ni sebab suka bebenor. And who could blame her? For under 6 bucks, you get excellent iced mocha that puts Starbucks and Coffee Bean to shame!

Cik Shangari tersenyum ala iklan Colgate dengan iced mocha nya …

Minum petang

Aaahhh .. this is the icing on the cake, and I mean it figuratively AND literally! Di tengah-tengah bandar Batu Pahat, BETUL-BETUL BERSEBELAHAN kedai kek Secret Recipe [yang bagi aku, dah makin menurun kualitinya] .. ada sebuah kedai kek kecik tapi konfiden bernama La Luna di situ. Di satu hari nan hening, aku dan sahabatku Sabena telah membuat penaakulan mantik sebegini – kalau kedai kek ni dengan selamba dan sempoinya boleh bukak kedai sebelah kedai yang dah ada reputasi, musti dia konfiden habis dengan kek dia .. makanya, musti kek dia sedap! Dan Alhamdulillah, otak yang dianugerahkan Tuhan untuk mencapai kesimpulan sedemikian telah membuahkan hasil yang amat nikmat.

Enjoy a variety of signature cakes .. Raspberry Romance, Chocolate Confession and many more .. along with exquisite drinks that, if your timing is right and it so happens to rain gently in the historical town of Batu Pahat .. the soft wind would caress your face as time slows down .. and you discover how blissful life can be. I kid you not, my friends .. eternalize this feeling, and use it during those hectic moments of your busy life, when reality checks in .. and believe me, you'll breathe once again ..

Raspberry Romance .. my personal favorite ..

Makan malam

Kalau cakap pasal Batu Pahat tapi tak cakap pasal mee racun, macam tak sah pulak. Dengar cerita, ramai yang ketagih mee racun ni sampai sanggup tinggalkan segala kesibukan dunia. 'Beracun' betul gamaknya. Waktu che abang mula-mula perkenalkan mee racun ni, tangkap bau je dah boleh lentok. Satu sebab bau memang ledzat, tapi satu lagi sebab bau dia je tak ubah macam mee kuah yang selalu dimasak oleh Cik Ani. Bila aku rasa pun, rasa seakan-akan sama. Memang sedap, pekat, terangkat!

Tak rasa macam nak makan mee? Nak makan sup pulak? Bolehhh! Ada satu kedai stylo tengah tengah bandar yang menjual macam-macam jenis sup. Ekor, perut, gear box, tulang, urat .. hah, semua ada! Tapi kalau datang menjelang kedai tutup, jawabnya ekor habis, perut habis, gear box habis, tulang habis, urat habis ler .. hehe. Power kedai nih, jual sup je. Specialty shop. Dan sup dia memang stok yang mata korang akan terpejam-pejam dek kerana nikmat sambil menghirup sup, gerenti!

Nak cover semua tempat memang tak dapat la. Macam aku kata dulu, korang kena jelajah sendiri. Bagi aku pulak, walau macamana banyak kedai makan best sekalipun yang ada, hanya ada satu tempat yang makanannya paling best di Batu Pahat .. tempat yang tak ternilai kelazatannya, kerana setiap hidangan disediakan dengan kasih sayang .. and so the best things in life, my dears, are the ones that come straight from the heart =)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

My Sweet Moments: Domino&#39;s Pizza <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 31 Jul 2011 07:15 PM PDT



Baru tau Domino's Pizza dah buka di Batu Pahat. Maksudnya sekarang dah ada pilihan la instead of Pizza Hut. Memula cam tak caya gak, biar betul ada Domino's Pizza ni..Ini antara favourite aku gak..:) Serius kawasan rumah mak aku tu dah macam kawasan bandar baru dah. Semua pun ada kat situ..Kat situlah ada Mcd, ada Prima Moda, ada Carrefour, Parkson, Gulatis, MBO Cinemas, Sekolah Convent, Hospital Pantai..Segala-galanya la..Masjid besar pun tak jauh dari kawasan rumah mak gak..Batu Pahat semakin maju eh..bagus, bagus..

So, pada yang berminat dan suka Domino's Pizza ni, aku bagi alamatnya;
Kalau tak jumpa gak, korang guna je GPS ok..hehe..Kalau tak tau Domino's Pizza dan apa menu pizzanya, jom nengok kat sini
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads