Ahad, 14 Ogos 2011

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Najwa Ditemui <b>Di Batu Pahat</b> Johor, Ikut Lelaki <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2011 06:10 PM PDT

Kampar: Misteri kehilangan gadis berusia 17 tahun sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas mangsa ditemui dalam keadaan 'bingung' di satu lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari rumahnya, kelmarin.

Seri Najwa Ferda Hasan yang didakwa diculik seorang lelaki menaiki skuter merah ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 4 Ogos lalu, ditemui bersama seorang lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 9 malam kelmarin di Air Hitam, Batu Pahat, Johor.

Lebih pelik, mangsa difahamkan ditemui ketika sedang membeli makanan ringan bersama dengan 'penculiknya' di kawasan pekan berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, untuk dipertemukan kembali dengan ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan anaknya itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan media dalam usaha mencari anak saya sehingga berjaya ditemui. Saya anggap kejadian ini satu dugaan daripada Tuhan pada bulan Ramadan.

"Saya reda menghadapinya kerana dugaan ini tidak akan diberikan kepada insan yang lemah. Ia mengajar kami sekeluarga supaya lebih tabah dan mempunyai hikmah di sebaliknya," katanya.

Difahamkan Najwa dipujuk lelaki berkenaan untuk melarikan diri dari rumah sebelum dibawa ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Ditanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap teman lelaki anaknya, Seri Wangi menyerahkan siasatan dan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

"Saya enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan minta diberikan masa kepada kami untuk berbincang. "Perkara paling penting Najwa ditemui selamat. Insya-Allah kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan berharap ia adalah dugaan pertama dan terakhirnya seumpamanya dihadapi keluarga kami," kata Seri Wangi yang juga ibu tunggal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan mendapati kes kehilangan mangsa bukan disebabkan diculik.

"Mangsa ditemui di Air Hitam, Batu Pahat, Johor malam semalam (kelmarin) dalam keadaan selamat dan siasatan mendapati, mangsa bukan diculik tapi mengikut rakan lelakinya. Seorang suspek lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya. -hm

Ulasan GB

Tengok tu, gara-gara penangan facebook, seorang gadis remaja sanggup tinggalkan keluarga di Ipoh Perak naik motor ikut jantan sampai Batu Pahat.

Hebat. BEWARE & BECAREFUL!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

My Sweet Moments: Domino&#39;s Pizza <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 31 Jul 2011 07:15 PM PDT



Baru tau Domino's Pizza dah buka di Batu Pahat. Maksudnya sekarang dah ada pilihan la instead of Pizza Hut. Memula cam tak caya gak, biar betul ada Domino's Pizza ni..Ini antara favourite aku gak..:) Serius kawasan rumah mak aku tu dah macam kawasan bandar baru dah. Semua pun ada kat situ..Kat situlah ada Mcd, ada Prima Moda, ada Carrefour, Parkson, Gulatis, MBO Cinemas, Sekolah Convent, Hospital Pantai..Segala-galanya la..Masjid besar pun tak jauh dari kawasan rumah mak gak..Batu Pahat semakin maju eh..bagus, bagus..

So, pada yang berminat dan suka Domino's Pizza ni, aku bagi alamatnya;
Kalau tak jumpa gak, korang guna je GPS ok..hehe..Kalau tak tau Domino's Pizza dan apa menu pizzanya, jom nengok kat sini
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads