Rabu, 3 Ogos 2011

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Malay Mok: PULAI <b>DESARU</b> BEACH RESORT & SPA

Posted: 08 Jul 2011 09:26 PM PDT

Hujung minggu lepas, aku dan keluarga aku telah bercuti ke Desaru dan menginap di Pulai Desaru Beach Resort & Spa. Hotel atas tajaan abang ipar aku~ Sekarang ni, nak ke Desaru dah mudah dan cepat, ada highway baru dah siap dan sudah boleh digunakan. Jika melalui Senai, masa yang diambil untuk ke Desaru hanya 45 minit ke 1 jam sahaja bergantung kepada traffic dan tol yang dikenakan ialah RM7.60. selain daripada itu, boleh juga melalui Ulu Tiram atau Pasir Gudang. Kalau lalu Ulu Tiram tol dia adalah sebanyak RM4.60 dan kalau lalu ikut Pasir Gudang, aku tak sure, hari tu free, sekarang dah kena bayar, tak tahu berapa ringgit.



Berada di Desaru memang sungguh mengimbau kenangan lalu. Phew~ kenangan yang sungguh menggores hati dan perasaan. Walaupun tak menginap di hotel yang dulu, tapi yang paling penting dapat mandi di Desaru. Sebenarnya pada waktu sekarang, angin dah nak mula berubah, jadi ombak dah mula kuat, tapi tak lah kuat sangat. Kalau pergi awal tahun dalam bulan Februari atau March, mungkin laut lebih tenang dan air lagi jernih. Tapi tak pe, aku memang puas hati dapat berendam dalam laut dengan famili aku.

 

Pulai Desaru Beach Resort & Spa memang terbaik. Masa aku mula masuk dekat lobi dia, aku teringat dekat hotel Hard Rock Penang. Kedua-dua hotel ni tidak memiliki persamaan yang ketara, Cuma warna putih yang digunakan, sofa di ruang lobi dan lampu-lampu dia yang buatkan aku teringat dekat Hard Rock Penang. Di situ, kami menginap di tingkat lima iaitu di bilik dua tingkat. Harga untuk satu malam bagi bilik seperti ini ialah lebih kurang RM450 keatas (kot) dan ia memang sesuai untuk keluarga yang memiliki ahli dibawah 10 orang,




 

Yang menarik tentang hotel ini ialah landskap dia memang cantik. Untuk kolam hiasan mereka, dia buat dengan seimbang dan tidak kedekut. Maksudnya, ada kolam hiasan disebelah kiri, maka disebelah kanan pun ada kolam hiasan. Sofa pun selesa dan cantik, meja dan kerusi di ruang lobi pun banyak. Kolam mandi pun besar, kedalaman kolam pula paras mulut aku dan reka bentuk juga menarik sebab ada macam sungai. Selain itu, table tennis dan carom juga disediakan secara percuma untuk penginap hotel. Meja pool juga ada tetapi kena beli token. Cuma kalau nak main tu, kena pandai-pandailah pilih masa, nama pun dah free, mestilah ada saja orang yang bermain. Gelanggang bola sepak dan bola tampar pantai juga disediakan.






 

Oleh itu, aku memang rekemen kepada anda yang merancang hendak bercuti ke Desaru, bolehlah menginap di Pulai Desaru Beach Resort & Spa, memang terbaik. Apa yang aku terperasan di skrin yang ada di lobi hotel, terdapat juga aktiviti-aktiviti luar yang disediakan oleh pihak hotel, antaranya ialah lawatan ke kampong yang berdekatan (boleh nampak pemandangan yang cantik, serius aku dah pergi dulu), memancing dan lain-lain lagi. Untuk keterangan lanjut, sila jangan hubungi aku, like page fb blog ni tak pe :P

 

Google je lah~

Semua gambar dari kakak-kakak aku dan dai phone aku.


 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads