Isnin, 29 Ogos 2011

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Senai <b>Desaru</b> Expressway Berhad (SDE) beri diskaun tol sempena <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 02:05 AM PDT

No of View :374

Senai Desaru Expressway Berhad (SDE) memberikan diskaun tol kepada pengguna kelas 1 lebuh raya itu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Korporat SDE Jamal Abd Nasir Taharim berkata diskaun tersebut akan diberikan pada Hari Raya pertama dan kedua.

Bagi plaza masuk Senai dan keluar di plaza tol Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar, kadar biasa RM3.70, RM7.60, dan RM11.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM6.10 dan RM9, katanya dalam kenyataan.

Kadar biasa bagi plaza masuk Ulu Tiram dan keluar di plaza tol Senai, Cahaya Baru dan Penawar bernilai RM3.70, RM4.70 dan RM8.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM3.80 dan RM6.60.

Bagi plaza masuk Cahaya Baru dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar, kadar biasa RM7.60, RM4.70 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM6.10, RM3.80 dan RM4.70.

Kadar biasa bagi plaza masuk Penawar dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar bernilai RM11.20, RM8.20 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM9, RM6.60 dan RM4.70. -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads