Selasa, 16 Ogos 2011

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Pusat Membeli Belah Berhantu <b>Di Johor Bahru</b> | iqbalhakimi

Posted: 15 Aug 2011 09:14 AM PDT

Semenjak aku belajar di negeri johor ni adalah banyak kali jugak aku jejak kaki ke bandar johor bahru tu..dah nama pun sampai tempat baru mesti lah aku rasa nak pergi jalan semua tempat..nak kenal tempat orang lah konon nya..

Tapi ada satu tempat tu aku perasan ada bangunan lama ..besar gila..tapi sayangnya terbiar macam tak ada pihak yang ambik kesah..dan secara kebetulannya hari tu masa aku dengan member aku sesat dekat area tu kitorang nak "u-turn" sebab salah jalan..ikut arahan pada GPRS..

Sekali arahan GPRS tu suruh lalu dekat bahagian belakang bangunan tu..perggh..Cuak jugak lah,sebab sebelum tu kawan aku dah bukak cerita yang bangunan tu berhantu…dah la waktu tu dekat maghrib,tapi nasib baiklah ramai orang lain yang buat "uturn" jugak..

So lalu dalam keadaan rilek je..hehe

Dan semalam aku perasan ada member update pasal kisah seram kemayan city…aku pun baca-baca..oh..kemayan city rupanya nama mall yang aku lalu tu..orang JB mesti tahu pasal bangunan ni ye dak?

Jom baca kisah bangunan yang besar tapi tak berpenghuni ni..agak menyeramkan…

kemayan city mall jb berhantu

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

"Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

"Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu," katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

"Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

"Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu" katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

"Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi" katanya.

kemayana city shopping complex berhantu di hohor bahru

Bagi mereka yang bukan orang JB dan tidak pernah melihat bangunan ni tengoklah gambar tu..sayang betol,bangunan tu besar sebab nak buat shopping mall kan..tapi daripada cerita rakan aku jugak bangunan tu tak diteruskan projeknya kerana faktor feng shui tempat tu yang mungkin tidak elok..

Betol atau tak,aku pun tak tahu..warga johor bahru lebih mengetahuinya…hehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PKS Merajut Tali Silaturahim <b>di Johor Bahru</b> - Islamedia

Posted: 13 Aug 2011 02:12 AM PDT

|

Islamedia - Ramadhan adalah bulan prestasi. Berpuasa tidak bermakna mengurangi produktivitas kerja. Sejarah bahkan mencatat bahwa amal-amal besar bergulir di bulan yang penuh keberkahan ini. Perang Badar di masa Rasulullah membawa kegemilangan bagi umat Islam dan kemerdekaan Republik Indonesia di tahun 1945 terjadi di bulan Ramadhan. Prestasi-prestasi emas ini tercatat dengan kenangan yang sangat mendalam.


Ketua PIP-PKS Johor, Budi Yanto Husodo, M.Sc menyampaikan peristiwa bersejarah itu dalam sambutannya di acara Silaturahim Masyarakat Indonesia di Johor yang berlangsung di markas IKRAM (Ikatan Persaudaraan Malaysia) cabang Johor, sebuah ormas yang berkembang di Malaysia. Selanjutnya, PIP-PKS Johor mencoba menerjemahkan semangat Ramadhan tersebut dengan mencoba menginisiasi 'Sister Province' antara propinsi Sumatera Barat dengan kerajaan negeri Johor.Sister Province ini diharapkan memudahkan masyarakat Indonesia yang tinggal di Johor, juga untuk mewadahi kontribusi masyarakat Indonesia dalam menegakkan agenda nasional NKRI.

Acara yang digelar menyambut berbuka puasa, pada hari Kamis, 11 Agustus 2011, dihadiri oleh Konsul Jenderal RI di Johor Bahru beserta istri dan staf. Mereka terlihat antusias dengan program PIP-PKS Johor yang dihadiri sekitar 70 orang meliputi Paguyuban Anak Minang, Paguyuban Batak Islam, Masyarakat Bugis, mahasiswa Indonesia, persatuan masyarakat Indonesia di Malaysia seperti IKMI dan IKSI, para praktisi akademik, pimpinan ormas IKRAM yang dihadiri langsung ketua IKRAM Johor, Professor Dr. Arshad Ahmad dan wakilnya
Associate Professor Ainullotfi Abdul Latif serta tokoh
masyarakat setempat. 

 

Dalam sambutannya, Konsul Jenderal RI, Jonas L. Tobing mengapresiasi usaha PKS yang berusaha menjadi perekat masyarakat Indonesia di Johor. Terbukti dengan hadirnya beragam kelompok masyarakat dalam acara ini. Kehadiran petinggi IKRAM dan tokoh masyarakat setempat juga membuktikan keberadaan PKS di negeri jiran mendapat sambutan yang hangat.

Majulah negeriku, harapan itu masih ada! [islamedia/qonita]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads