Sabtu, 20 Ogos 2011

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Gangguan air berjadual <b>di Kluang</b> mulai semalam - Kerajaan Johor

Posted: 10 Aug 2011 03:30 AM PDT

Penduduk di beberapa kawasan di daerah Kluang akan mula menerima bekalan air secara berjadual bermula hari ini hingga 31 Ogos ini ekoran pengeluaran air terawat daripada Loji Rawatan Air Sembrong Barat berkurangan sejak kebelakangan ini sekali gus menyebabkan gangguan bekalan.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, enam zon akan mengalami gangguan selama 24 jam bermula 10 pagi hingga 10 pagi keesokan harinya mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau berkata, Zon A iaitu kawasan meliputi Jalan Batu Pahat dari Kampung Sri Lalang hingga Taman Bukit Indah, Jalan Ayer Hitam, Taman Ria, Taman Sri Lalang, Kampung Sri Bungsu, Kampung Rahmat, Estet Nyanyo, Institut Pertanian Air Hitam dan sekitarnya akan mengalami gangguan pada 10, 13, 16, 19, 22, 25, 28 dan 31 Ogos ini.

Turut mengalami masalah adalah Zon B, bermula dari Sungai Melantai hingga Kampung MIC, termasuk pejabat Felda, Wisma Intan, Kilang Revertex, Taman Kluang Barat, Taman Industri Mengkibol, Kilang MML, Taman Sri andal, Kampung Sri Semangat, Taman Saujana dan sekitarnya pada 11, 14, 17, 20, 23, 26 dan 29 Ogos ini.

"Seluruh Jalan Hospital termasuk ibu pejabat polis, Masjid Jamek Kluang, Taman Idaman, semua sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Wisma Belia, Jalan Sejahtera, Kem 501, Jalan Sentosa, Kem Mahkota, Kuarters Hospital, Kem Dorset, Taman Kerjasama dan sekitarnya akan mengalami gangguan pada 12, 15, 18, 21, 24, 27 dan 30 Ogos ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke 019-7227474 atau e-mel .(JavaScript must be enabled to view this email address). com.my.

Berita ini telah dibaca sebanyak 217 kali Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads