Ahad, 7 Ogos 2011

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kepak temui rakyat <b>di Kota Tinggi</b> Khamis ini

Posted: 26 Jul 2011 04:06 PM PDT

JOHOR BAHRU 26 Julai – Setelah berjaya menarik tumpuan lebih 20,000 pengunjung bulan lalu, kini kerajaan negeri meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Bandar Penawar, Kota Tinggi mulai Khamis ini.

Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan di sini memberitahu, karnival tiga hari itu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan kemahiran kepada orang ramai.

Karnival tersebut merupakan program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang membabitkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Sasaran utama program tersebut adalah isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 sebulan atau kumpulan pendapatan di bawah 40 peratus mengikut perangkaan sedia ada.

Kepak 2011 juga menyasarkan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan atau peluang perniagaan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Pelbagai acara menarik seperti bengkel memasak, pameran kereta, program kerja, bengkel penerbangan serta jualan oleh para peniaga akan diadakan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads