Selasa, 9 Ogos 2011

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Tahniah | Noraniza Idris bakal kahwin bilal Singapura « Gosip dan <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2011 01:08 PM PDT

JOHOR BAHRU: Penyanyi Noraniza Idris akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Encik Jeffri Iman, di salah sebuah masjid di Singapura selepas Hari Raya Puasa ini.

Noraniza berkata selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga setelah dilamar duda anak empat itu, yang juga seorang bilal bebas di Singapura.

'Memang tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,' kata beliau.

BERTEMU JODOH: Noraniza dan Encik Jeffri semasa di Program Amal Ziarah Ramadan 7 di Johor Bahru kelmarin. -- Foto UTUSAN MALAYSIA

Menurut Noraniza, ketika Encik Jeffri, 52 tahun, melamarnya, beliau diberi tempoh untuk berfikir.

Namun, beliau tidak melakukannya secara serius kerana dalam hatinya masih ada keraguan.

'Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,' kata beliau.

Selepas bertunang pada 22 April lalu, mereka berdua sibuk dan tidak sempat mencari tarikh sesuai bagi mengadakan majlis pernikahan hinggalah keluarga mendesak mereka agar menyegerakan perkara baik itu, tambah Noraniza.

'Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri. Walaupun dia orang beragama, dia tidak memandang rendah artis macam saya.

'Dia boleh masuk dalam dunia saya. Sesetengah orang apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang,' ujar beliau lagi.

Noraniza berharap perkahwinan ketiga beliau ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

'Di mana saya akan menetap selepas berkahwin, sama ada di Singapura atau di sini, tengoklah keadaan nanti,' katanya.

Noraniza seterusnya berkata selepas bercerai kali kedua, beliau tidak pernah terfikir akan berkahwin lagi dan membiarkan Tuhan menentukan segala-galanya.

'Hendak kata tak mahu kahwin pun kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi.

'Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.

'Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Oleh itu, kami menerima diri satu sama lain seadanya kerana apa yang pernah terjadi biar ia menjadi kenangan.

'Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.

'Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya,' kata Noraniza. — Metro Ahad, Mingguan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads