01 di mersing - Google Blog Search |
MRSM <b>Mersing</b>..onlines: Ikan Keli Gergasi <b>di</b> Kolam MRSM <b>Mersing</b> Posted: 02 Aug 2011 03:25 AM PDT Lokasi : Kolam Ikan MRSM Mersing Jenis ikan : Ikan keli Afrika Ikan keli ini ditangkap sendiri oleh Ustaz Abdullah b Mahmod iaitu pengasas & pengusaha kolam ikan di maktab ini sejak 2002. Beliau adalah mantan Timbalan Pengetua HEP MRSM Mersing yang merupakan anak watan Mersing ini sendiri. Umur ikan keli ini kira-kira 9 tahun dan sehingga kini Ustaz Lah (panggilan mesra) masih menjenguk sekali-sekala untuk menyelenggara kolam-kolam ikan ini. Ustaz Lah mempunyai beberapa bakat luar biasa iaitu: Beliau mengenali semua jenis ikan di laut Mersing dan mempunyai sebuah bot khas untuk menangkap ikan. Kemahiran mengenali perubahan cuaca, lokasi unjam ikan dan mampu menaikkan jumlah ikan berkualiti menyebabkan ramai yang teringin mengikuti program memancing yang diadakan sekali-sekala. Jika dikatakan cuaca baik, Ustaz lah akan turun ke laut hampir setiap hari. Beliau juga mempunyai kenderaan pacuan 4 roda untuk memudahkan tugas-tugas beliau.2. Penceramah agama & motivasi Ustaz Lah sememangnya antara penceramah, pemidato dan motivator yang terbaik. Suara yang lantang,penuh semangat dan intonasi suara yang baik serta isi yang bernas menyebabkan beliau bukan sahaja dijemput untuk program agama & motivasi di sekolah tetapi di sekitar Mersing sejak bertahun-tahun lalu. Ramai warga maktab pasti merindui kehadiran Ustaz Lah berceramah atau berpidato. Ustaz Lah terkenal mampu memasak pelbagai masakan tradisional terutama menu ikan darat dan laut. Kini beliau juga aktif mencipta dan menghasilkan kek-kek & pastri moden. Beliau aktif dalam group-group masakan di Facebook. Sehingga kini Ustaz Lah sangat popular di Facebook dan dikunjungi oleh ramai ex-students semasa di MRSM Kuantan dan juga rakan, dan sahabat di MRSM yang pernah beliau bertugas. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan