Sabtu, 13 Ogos 2011

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


:: Semuanya Tentang Kita ::: Buffet Ramadhan <b>di Muar</b> Marina Bay

Posted: 10 Aug 2011 03:47 AM PDT

Dah lepas Asar 10 Ramadhan, baru tergedik-gedik nak cerita maghrib 9 Ramadhan. Ape daa... Tapi nak cite jugak! Hehe...

Sebelum berpuasa hari tu, my SIL ade pergi minum petang di Kompleks Marina Muar. Jadi, semalam Encik Suami ajak berbuka di luar..saya ajak dia pergi berbuka di sini. Ade buffet Ramadhan rupanya.. murah je. RM25 nett per pax.

Ini Restoran Marina di dalam Kompleks Marina Muar tu. Untuk Ramadhan ni, ruang dalam memang sepenuhnya untuk buffet. So, tempat makan semuanya di luar restoran. Ada juga tempat makan di bawah rimbunan pokok kelapak! Of course, tempat yang paling direbut ialah yang menghadap sunset.

Sunset sikit-sikit. Sunset betul-betul dah tak dan nak capture. Sibuk amik lauk! Hehe..

Ini yang kami jamah dulu. Kurma dan kuih-muih. Ambil sedikit buah-buahan. Rasanya mula-mula tu, meja kami yang paling kosong. Lepas tu, .... Mujur tak ambil gambar pinggan-pinggan kosong. :p

Tunjuk gambar gelas je. Hehe..berlawan-lawan minum air.
Untuk semalam saja, lebih 15 jenis lauk-pauk disediakan. Tidak termasuk nasi kosong, nasi goreng dan mee goreng. Ada juga disediakan rojak pasembor, bihun sup dan bubur lambuk. Kuih-muih pun banyak jenis. Kiranya RM25 tu memang berbaloi sangatlah. Untuk Encik Suami yang cerewet bab makan, bila dia kata sedap tu..memang sedaplah! 
Saya makan dengan lahapnya sampai kena gastrik. Huhu..sebab terlalu banyak makan. Mulalah tak dapat tidur malam, asyik terjaga. Sudahnya lepas bersahur pagi tadi, kononnya nak baring sekejap..2-2 hanyut. Lambat sampai sekolah :)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads