Selasa, 2 Ogos 2011

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Suara Sukan Anda: Wira Olimpik, Bekas Pemain Kebangsaan Beraksi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 08:21 PM PDT


Dato' Soh Chin Aun, Bakri Ibni, dan Dato' Santokh Singh adalah antara nama-nama besar arena bolasepak tempatan, yang akan mempamer aksi di Kompleks Sukan Pagoh petang ini, merebut Piala Pegawai Daerah Muar, yang dianjurkan bersempena Karnival Sukan Pagoh.
Diketuai Chin Aun atau glamour dengan panggilan 'towkey' yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972, barisan bekas pemain kebangsaan yang membawa nama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, akan turut menampilkan Khalid Ali, Reduan Abdullah, K.Gunalan, Kamarulzaman Yusoff, Zainal Abidin Hassan dan Zolkifli Ahmad.
"saya tak nak main lah, jadi penonton jer. nanti saya main, jadi pulak macam Malek Noor aritu, kita bagi orang-orang muda main..", seloroh Datuk Santokh Singh.
Turut beraksi, trio Jurulatih Liga Super – Dollah Salleh (Pahang), Razip Ismail (Kuala Lumpur) dan Mat Zan Mat Aris (Pos Malaysia). Mat Zan adalah bekas pemain yang membina pertahanan ampuh skuad kebangsaan dan Kuala Lumpur di era kegemilangan skuad warga kota suatu ketika dahulu, dan pernah digelar 'orang besi' dek aksi bertenaga dan meyakinkan di barisan pertahanan.
Raja Bola, Datuk Ghani Minhat pula bertindak sebagai Pengurus Pasukan.
Kepada peminat bolasepak yang merindui aksi wira bolasepak negara ini, jangan ketinggalan berkunjung ke Kompleks Sukan Pagoh, petang ini, perlawanan bermula jam 5 petang.
Penjaga gol : Mazlan Wahid, Rashid Hassan, Azlisham Ibrahim
Pemain padang : Dato' Soh Chin Aun, Dato' Santokh, Razip Ismail, Kamarulzaman Yusoff, Zolkifli Ahmad, K.Gunalan, Ismail Ibrahim, Mat Zan Mat Aris, Bakri Ibni, Khalid Ali, Reduan Abdullah, Khalid Ali, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Azlan Johar, Shahrin Majid, P.Sommasundram, Mohd Nor Yaakob, Che Hamzah Che Hussin, Manja Man, Rachel Gomez
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads