01 di pagoh - Google Blog Search |
PANGLIMA MAT BERANI: Warga UKM Terajui Gabungan Anak <b>Pagoh</b> IPTA Posted: 22 Aug 2011 07:34 AM PDT Oleh Abd. Razak Hussin Foto oleh Abd. Razak Hussin PAGOH, 4 Mei, 2011 – Empat warga UKM mengambil inisiatif menubuh dan menerajui Gabungan Anak Pagoh di Institusi Pengajian Tinggi Awam (GAPa) bagi membangunkan modal insan menerusi pendidikan tinggi khasnya generasi baru Pagoh Johor. Mereka terdiri dari Haji Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Akademik sebagai Pengerusi, Mohd Fairul Surian, Pegawai Penyelidik Sosial Pejabat Hubungan Antarabangsa sebagai Setiausaha, Mohd Yazid Sabtu, Penolong Bendahari Jabatan Bendahari sebagai Bendahari dan Dr. Anuar Ithnin, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan sebagai Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Penubuhan GAPa menerima sanjungan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri sewaktu melancarkan pertubuhan tersebut di Kompleks Sukan Pagoh Sabtu lepas. Selain memberi tumpuan kepada pendidikan, GAPa turut berperanan sebagai badan pemikir untuk membangunkan masyarakat Pagoh dalam bidang strategik lain seperti membina keupayaan masyarakat bagi mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, pembangunan keusahawanan, mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk dan bersama-sama menangani permasalahan semasa yang dihadapi mereka, kata Hanafiah. Tan Sri Muhyiddin mengalu-alukan penubuhan GAPa menganggapkannya amat sesuai dengan masa kerana Pagoh akan dibangunkan sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi mulai tahun ini. Beliau menerangkan bahawa beberapa IPTA termasuk Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Universitas Teknologi Bandung (UTB) bercadang membukan cawangan mereka di Pagoh. Dalam majlis itu pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu dan beberapa orang ahli akademik cemerlang di IPTA yang berasal dari Pagoh diberikan anugerah khas oleh Tan Sri Muhyiddin. Mereka termasuk Prof. Madya Dr. Faridah Shahdan, Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Dr. Anuar Ithnin dari Fakulti Sains Kesihatan dan Prof. Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga bekas Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM. UKM turut mengambil bahagian dalam pameran pendidikan tinggi yang diadakan sempena majlis pelancaran GAPa itu.. sumber berita dari UKM |
You are subscribed to email updates from di pagoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan