Sabtu, 27 Ogos 2011

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Lagi Berita: Dua Doktor Kemalangan <b>Di Pagoh</b> Seorang Maut

Posted: 24 Aug 2011 02:14 PM PDT

MUAR: Dua orang doktor veterinar dari Putrajaya terlibat dalam satu kemalangan di KM142 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pagoh dekat sini pagi Rabu menyebabkan salah seorang daripadanya terbunuh.

Dr Maznah Mohd Yusof, 53, yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian. Dia mengalami kecederaan parah di kepala.

Kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka itu terbalik selepas salah satu roda meletup lalu melanggar pembahagi jalan.

Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi.

Pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, rakan mangsa Dr Zaleha Abdullah, turut mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Mereka dalam perjalanan ke Institut Veterinar Malaysia di Kluang ketika kejadian malang itu berlaku. - Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads