Ahad, 21 Ogos 2011

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Bubur Lambuk <b>di Parit</b> Bulat « Parlimen Muar

Posted: 19 Aug 2011 10:43 AM PDT

August 19, 2011

Rabu lalu sempena Ramadhan Al Mubarak yang mulia, Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar telah mengadakan program edaran juadah berbuka. Acar yang diadakan di hadapan Bilik Gerakan PKR Dun Sg. Balang itu nyata mendapat sambutan hangat dan luar biasa di kalangan penduduk setempat.

Acara bermula dengan gotong-royong memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Pak Ya Asam Pedas dengan bantuan AJK Cabang termasuk Ketua Cabang Sdr Yatin Sarpan dan juga Isteri beliau.

Wanita sedang menyiapkan rempah ratus untuk memasak bubur lambuk

Edaran yang bermula jam 5 petang itu tamat kira-kira jam 6 petang dengan anggaran lebih 400 bungkus Bubur Lambuk berjaya di edar.

Sdr Hizwan Ahmad & Pak Ya sedang asyik mengacau bubur

Sdr Izhamuddin Tahir membungkus bubur lambuk untuk diedarkan

Rata-rata masyarakat tempatan yang ditemui gembira dengan sentuhan sebegini dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kami yang sama-sama meraikan sambutan Ramadhan bersama-sama mereka.

Sdr Hizwan menyampaikan bubur lambuk kepada jururawat ini sambil diperhatikan Ketua Cabang, Pak Yatin

Antara penduduk sekitar yang berhenti dan menerima juadah dari kami.

Dalam kesempatan itu juga Sdr Nor Hizwan Ahmad selaku Penyelaras Parlimen PKR Muar dan AJK Cabang berkesempatan melawat beberapa buah rumah warga emas untuk bertanya khabar dan menghulur bantuan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Antara penerima sumbangan dari kami

Penerima di Kg Parit Sg. Resik Darat

Berita Muar Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads