Sabtu, 20 Ogos 2011

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


alifbro: mat rempit <b>di parit raja</b>

Posted: 11 Oct 2010 02:05 AM PDT

mat rempit di parit raja..
ada yang tua tapi ramai yang muda..
naik moto selit sana selit sini dengan kadar yang memang laju..
tidak menghiraukan mat rempit lain seperti aku ini..
mat rempit ni wujud bila ada festival2..
kira time orang2 ramai lah..
kalau malam2 biasa xda la pulak..
agaknya hari biasa parent xbagi keluar suruh baca buku la kot..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PPKZPR: UJIAN LENCANA BERBASIKAL PENGAKAP KANAK_KANAK ZON <b>PARIT RAJA</b>

Posted: 24 Jul 2011 10:49 PM PDT


PARIT RAJA, 16 JULAI 2011: Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal bagi Pengakap Kanak-Kanak telah diadakan pada 16 Julai 2011 Sabtu yang lepas di SK Parit Raja. Ujian ini membabit Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari tiga buah sekolah iaitu SK Pintas Puding, SK Parit Raja dan SK Seri Pulih. Seramai 73 anggota PKK telah menyertai ujian tersebut dengan dibantu pemimpin pengakap, Pasukan Pengakap Kelana Zon Parit Raja (PPKZPR), JOSRAC Batu Pahat dan anggota polis dari Balai Polis Parit Raja. Ekspedisi ini juga disertai oleh beberapa ahli dari Kelab Berbasikal Parit Raja.  


Sebelum ekspedisi ini dimulakan, para peserta telah didedahkan dengan peraturan-peraturan menunggang basikal, pemeriksaan basikal dan langkah-langkah keselamatan oleh anggota PPKZPR.  Ekspedisi ini mempunyai 5 titik pemeriksaan (check point) iaitu Kompleks Penghulu Mukim VIII Sri Gading, Rizab 4 Parit Jambol, jambatan rizab 2 Parit Lapis Sempadan, jambatan rizab 2 Parit Daun dan akhir sekali di Pasar Besar Parit Raja. Ekspedisi ini berakhir jam 1230 di SK Parit Raja. Dalam Ekspedisi ini juga seluruh anggota pengakap turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dengan bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Parit Sempadan.
 Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat Unit Pengakap Kanak-Kanak. Majlis bersurai sekitar jam 1700. Pihak PKKZPR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.
"TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN"
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads