Isnin, 8 Ogos 2011

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Isu projek industri minyak, gas <b>di Pengerang</b> diaju <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2011 04:06 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Isu projek industri minyak, gas di Pengerang diaju kepada PM – Azalina

KOTA TINGGI 5 Ogos – Masalah nelayan pantai di sekitar Pengerang yang kehilangan mata pencarian akibat pembangunan projek industri minyak dan gas di kawasan itu akan dimaklumkan secara bertulis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana pihaknya mahukan jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan permasalahan tersebut dieksploitasi pembangkang.

"Projek mega ini di bawah kerajaan negeri dan Pusat. Kita tidak mahu bantahan yang dibuat nelayan tersebut akan diambil kesempatan oleh pembangkang kerana saya difahamkan mereka sudah bertapak di sini untuk berbuat demikian.

"Saya percaya kepimpinan Perdana Menteri akan dapat membantu pihak nelayan dan juga syarikat terlibat dalam mencari penyelesaian terbaik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Kurma kepada Masjid dan Surau kawasan Pengerang di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pengerang, Felda Air Tawar 5, di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan lebih 400 nelayan daripada lapan buah kampung menuntut pampasan berikutan mata pencarian mereka terjejas akibat pembangunan projek tersebut.

Kesemua nelayan tersebut berasal dari Kampung Pengerang, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sungai Buntu, Kampung Sungai Rengit dan Kampung Teluk Ramunia.

Terdahulu, Azalina mengagihkan sebanyak 60 kotak kurma kepada pengurusan masjid dan surau di kawasan parlimen Pengerang.

Kemudiannya disusuli majlis berbuka puasa bersama persatuan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kepimpinan masjid serta surau kawasan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jul 2011 03:43 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Radar Bakal Diguna Dalam Kawal Perairan <b>Pengerang</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 16 Jul 2011 11:44 PM PDT

JOHOR BAHRU — Usaha pemantauan di perairan Pengerang daripada sebarang kegiatan jenayah di lautan bakal menjadi lebih berkesan apabila kerajaan memasang radar pengawasan di lokasi daratan yang strategik di kawasan itu.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, ini berikutan rancangan kerajaan untuk menempatkan sebuah radar di bukit strategik di pesisir pantai Pengerang.

"Kita memerlukan radar untuk mengawasi kawasan perairan (di kawasan perairan Pengerang) dan kita difahamkan kerajaan sedang di dalam perancangan untuk membina sebuah stesen radar," katanya kepada Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Pada ketika ini, katanya, terdapat sebuah radar yang ditempatkan di salah sebuah bukit di Pengerang, tetapi ia memainkan fungsi keselamatan selain daripada mengawasi kawasan pesisir pantai Pengerang.

Menurut Zulkifli, bagi memastikan pengawasan kawasan pesisir pantai Pengerang bebas daripada segala jenis jenayah di lautan termasuk oleh sindiket penyeludupan manusia, sekurang-kurangnya dua stesen radar diperlukan.

Kawasan pesisir pantai Pengerang yang panjang serta kedudukannya yang hanya terletak kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot ke Batam, Indonesia menjadikan ia laluan utama sindiket penyeludupan manusia.

Selain itu, katanya, kawasan perairan Pengerang juga berhadapan dengan jenayah rompakan laut, pencemaran, pertukaran kapal ke kapal dan pelbagai jenis jenayah di lautan yang lain.

Kata Zulkifli, APMM kini bergantung kepada radar-radar yang dimiliki oleh kapal perondanya bagi membantu agensi itu mengawasi perairan negara di selatan tanah air daripada dicerobohi. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads