Rabu, 10 Ogos 2011

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Isu projek industri minyak, gas <b>di Pengerang</b> diaju <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2011 04:06 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Isu projek industri minyak, gas di Pengerang diaju kepada PM – Azalina

KOTA TINGGI 5 Ogos – Masalah nelayan pantai di sekitar Pengerang yang kehilangan mata pencarian akibat pembangunan projek industri minyak dan gas di kawasan itu akan dimaklumkan secara bertulis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana pihaknya mahukan jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan permasalahan tersebut dieksploitasi pembangkang.

"Projek mega ini di bawah kerajaan negeri dan Pusat. Kita tidak mahu bantahan yang dibuat nelayan tersebut akan diambil kesempatan oleh pembangkang kerana saya difahamkan mereka sudah bertapak di sini untuk berbuat demikian.

"Saya percaya kepimpinan Perdana Menteri akan dapat membantu pihak nelayan dan juga syarikat terlibat dalam mencari penyelesaian terbaik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Kurma kepada Masjid dan Surau kawasan Pengerang di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pengerang, Felda Air Tawar 5, di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan lebih 400 nelayan daripada lapan buah kampung menuntut pampasan berikutan mata pencarian mereka terjejas akibat pembangunan projek tersebut.

Kesemua nelayan tersebut berasal dari Kampung Pengerang, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sungai Buntu, Kampung Sungai Rengit dan Kampung Teluk Ramunia.

Terdahulu, Azalina mengagihkan sebanyak 60 kotak kurma kepada pengurusan masjid dan surau di kawasan parlimen Pengerang.

Kemudiannya disusuli majlis berbuka puasa bersama persatuan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kepimpinan masjid serta surau kawasan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads