Isnin, 8 Ogos 2011

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


PERKASA JOHOR DARUL TAKZIM: Lima lagi kampung <b>di</b> sekitar <b>Plentong</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2011 12:00 AM PST

Perkasa JB dijemput menghadiri perbincangan dengan wakil 5 buah kampung di sekitar kawasan Plentong, Johor Bahru. Kampung-kampung tersebut ialah Kg Sri Makmur, Kg Plentong Baru, Kg Rumah 10, Kg Sri Bahagia dan Johor jaya.

Wakil kampung-kampung tersebut diketuai oleh Haji Sapiee Barima yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sementara Perkasa JB diwakili oleh Pengerusi Hj Ghaus Mohd Yusof dan AJK Hamdan Ahmad. Perkasa Negeri Johor diwakili oleh Naib Yang Di Pertua 1 En Samat Atan.

Walik 5 kampung tersebut amat berminat dengan perjuangan Perkasa dan telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama dalam Perkasa memperjuangan hak dan nasib orang-orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seramai lebih 8,000 pengundi berdaftar di 5 kampung tersebut.

Turut dibangkitkan dalam perbincangan tersebut ialah isu perkampungan mereka yang belum selesai walaupun Menteri Besar Johor dan Ahli Parlimen Pasir Gudang telah beberapa kali berjanji malah telah mengumumkan bahawa isu penempatan penduduk akan diselesaikan secepat mungkin. Wakil-wakil tersebut bimbang pengundi mulai bosan dengan janji-janji pemimpin.

Perbincangan tersebut juga memutuskan untuk mengadakan majlis khas yang akan dihadiri oleh semua kampung-kampung setinggan dalam daerah Johor Bahru dalam masa terdekat.

Samad Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

cEtusAn RasA: Minta tolong sebelum dibunuh

Posted: 31 Jul 2011 06:57 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Indonesia sempat menjerit meminta pertolongan sebelum ditemui mati di depan rumahnya dipercayai dibunuh kekasihnya selepas berlaku pergaduhan kecil di rumah sewa mereka di Kampung Rumah 10, Plentong, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Ana, 28, dikatakan bergaduh dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Eddy, 28, sebelum suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan beg galas.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai juru kimpal itu memukul mangsa berkali-kali sebelum mangsa rebah dan terkena bucu televisyen lalu meninggal dunia.
Seorang jiran pasangan kekasih itu, Abd Kadir Saman, 57, berkata ketika kejadian beliau terdengar bunyi mangsa dan suspek bergaduh, namun menganggap ia hanya pergaduhan biasa.
"Ketika itu, saya baru selesai mandi dan terdengar mereka bergaduh. Malah, mangsa turut menjerit meminta tolong menyebabkan saya terus bergegas ke rumah mereka.
"Sejurus tiba, orang ramai sudah berkerumun di rumah terbabit, tetapi saya terkejut apabila melihat mangsa sudah terbaring berlumuran darah di situ serta tidak bernyawa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, suspek yang juga warga Indonesia hanya duduk di sebelah mayat mangsa sebelum ditahan polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit selepas kejadian.
"Suspek dan mangsa baru sebulan menetap di rumah itu dan sebelum ini saya tidak pernah melihat atau terdengar mereka bergaduh. Saya tidak menyangka perkara ini boleh berlaku," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abd Hamid, mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Saifi turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BHarian
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads