Ahad, 28 Ogos 2011

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 400 terima bantuan JKM <b>di Pontian</b>

Posted: 27 Aug 2011 04:06 PM PDT

PONTIAN 27 Ogos – Seramai 400 golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pontian sepanjang Ramadan ini.

Mereka terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan fakir miskin dari seluruh daerah ini yang berdaftar di bawah JKM.

Pegawai JKM Daerah Pontian, Juhainun Mohd. Shukri memberitahu, penerima tersebut dari empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pekan Nanas, Pulai Sebatang, Benut dan Kukup.

"Selain bantuan bulanan RM300, mereka juga menerima bantuan daripada kerajaan negeri sebanyak RM100 setiap orang," katanya pada majlis penyerahan sumbangan bagi DUN Benut di pekarangan Rumah UMNO, Benut dekat sini baru-baru ini.

Selain wang tunai, penerima juga mendapat barangan keperluan harian, pakaian dan kuih-muih dan ia diharap dapat menceriakan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Juhainun turut merakamkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan bagi membantu golongan sasar berkenaan sejajar dengan konsep masyarakat penyayang negara ini.

Beliau berkata, JKM sentiasa memastikan golongan seperti itu terus mendapat pembelaan serta perhatian supaya mereka dapat membuat persiapan hari raya seperti keluarga yang lain.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads