01 di segamat - Google Blog Search |
Rumah Perkim <b>Segamat</b> « Kehidupan Ringkas tapi Signifikan Posted: 11 Aug 2011 09:10 AM PDT Papan tanda dipasang lewat petang semalam. Ia hasil sumbangan hamba Allah yang diberi nikmat "teramat banyak" di luar dari jangkauan pemikirannya. "Ya Allah, Kau permudahkanlan kehidupan Tuan Haji ini di dunia dan akhirat. Temukanlah kami, beliau, keluarga beliau dan seluruh khalayak KRTS di syurga Firdaus tanpa dihisab ya Allah. Temukanlah kami dengan rahmatMu ya Allah". Asalnya, bajet setakat papan tanda di rumah, kini ada enam papan tanda lain yang menunjuk arah ke arah rumah ini agar tiada yang sesat. Kos keseluruhannya RM750. Alhamdulillah, saya sudah menerima sumbangan tersebut lama sebelum papan tanda ini siap terpaku di sini. Ia kelihatan kecil tetapi memastikan sumbangan orang dilaksanakan adalah – rasanya – sangat berat tanggungjawabnya. Alhamdulillah, saya lega! JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN Jika ada yang berkesempatan, jemputlah ke majlis kesyukuran perkahwinan adinda saya, Azlina Ibrahim (disebut adik Na melalui Travelog Haji) pada hari Raya Kedua di Jalan Batu Tumboh, Alor Lintang, Besut, Terengganu. Dari Masjid Alor Lintang – melalui Jalan Batu Tumboh – lebih kurang 1.5 KM. Kalau nampak orang ramai, singgah dan perkenalkan diri kepada ahli keluarga, sebut kod rahsia "sahabat Muhd Kamil Ibrahim". InsyaAllah, saya akan persilakan menikmati jamuan. |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan