Khamis, 25 Ogos 2011

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


DAP (PR) MENAWAN <b>JOHOR</b> II « Hidup Tuah!

Posted: 24 Aug 2011 10:51 PM PDT

NYSP telah melaporkan usaha berterusan DAP untuk menawan Johor dan seterusnya Putrajaya. Sebelum ini saya pernah menulis isu yang sama di sini dan di sini.

Apa pula rancanagan defend and attack (Sun Tzu) BN / UMNO?

Nanyang Siangpau
Perkara: DAP-PRU ke-13?
Ruangan: negeri Johor m/s C9
Tarikh: 22 Ogos 2011 (Isnin)

Tajuk I:

Mahu Memerintah Kerajaan Pusat
Perlu Tawan 1/3 Kerusi Parlimen Di Negeri Johor: Boo Cheng Hau

21hb Batu Pahat, pengerusi DAP negeri Johor Dr. Boo Cheng Hau berkata, DAP negeri Johor akan masuk ke dalam masyarakat waktu musim hari baik bulan baik ini, mengedarkan sepuluh ribu kad ucapan selamat hari kebangsaan dan kad selamat hari raya kepada semua kaum.

Beliau berkata: "pada masa sama kad itu ditulis dengan 4 bahasa untuk kad ucapan selamat hari kebangsaan, menunjukkan DAP parti yang bersemangat pelbagai kaum".

Menekankan Semangat Bersatu Padu

Beliau memberitahu, parti itu telah menempah 10 ribu kad ucapan itu melalui bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil untuk mengucapkan selamat hari kebangsaan dan pada masa sama menekankan "semangat bersatu padu".

Boo Cheng Hau petang ini di cawangan Yong Peng semasa bersama jawatankuasa Parti negeri Johor dan pemimpin gabungan DAP pusat mengadakan mesyuarat berkata demikian.

Yang hadir termasuk timbalan presiden pusat merangkap jentera dan strategi pilihan raya DAP Tan Kok Wei, timbalan ketua propaganda DAP Pua Kiam Wei, setiausaha organisasi pusat DAP Wu Shin Yong (terjemah Mandarin) dan beberapa ahli parlimen DAP.

Boo Cheng Hau berkata, pada PRU 1995, 1999, dan 2004 ketiga-tiga musim ini DAP tidak pernah menang sebarang kerusi di negeri Johor, sebaliknya pada PRU 2008 DAP menang 1 parlimen dan 4 DUN, ini adalah permulaan yang amat baik, diharap parti dan rakyat di negeri Johor dapat hayatinya dan pada PRU akan datang melangkah untuk memerintah Putrajaya dan Nusajaya, sebagai sasaran.

Tubuhkan Pusat Khidmat

Selain dari itu beliau berkata, apa yang disebut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong mengatakan DAP hanya tubuhkan pusat khidmat di kawasan parlimen DAP sahaja, Boo Cheng Hau menempelak kembali kata-kata itu dan berkata, DAP negeri Johor telah mewujudkan 12 pusat khidmat di negeri Johor.

Pusat khidmat itu selain diwujudkan di kawasan menang DAP , DAP juga telah tubuhkan pusat khidmat di Yong Peng, Batu Pahat, Bukit Gambir, Tangkak, Pekan Nanas, Johor Jaya, Simpang Renggam dan Taman Daya.

Beliau juga umumkan, disamping ketua penasihat DAP Lim Kit Siang telah umumkan bahawa negeri Johor adalah diletakkan di baris hadapan untuk ditawan, Jawatankuasa DAP negeri Johor sokong sepenuhnya.

Boo Cheng Hau berharap, pada PRU kali ini, 26 kerusi parlimen di negeri Johor sekurang-kurangnya DAP peroleh 1/3 daripada kerusi-kerusi tersebut, bagi mencapai metlamat untuk memerintah Putrajaya, walaupun pada PRU akan datang kita tidak dapat tawan negeri Johor, beliau percaya musim PRU yang seterusnya Pakatan Rakyat akan dapat memerintah negeri Johor.

Tajuk II

Tubuh Kerajaan Yang Stabil
Pakatan Rakyat Perlu Tambah Lagi 40 Kerusi Parlimen: Lim Kit Siang

Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat telah menang 82 kerusi parlimen pada PRU 2008, jika mahu memerintah kerajaan pusat, sekurang-kurangnya perlukan 112 kerusi parlimen, tetapi jika kita mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil, kita perlu tambah lagi 10 kerusi, dengan itu pada PRU ke-13 perlu menang 30 hingga 40 kerusi perlimen berbanding PRU tahun 2008.

Beliau menegaskan, dengan itu keputusan pilihan raya di negeri Johor, Sabah dan Sarawak amat penting, jika dapat melepasi kemenangan 1/3 daripada kerusi parlimen di negeri-negeri itu, Pakatan Rakyat ada harapan memerintah Putrajaya.

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads