Ahad, 4 September 2011

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Maut dalam kemalangan <b>di</b> Kilometer 38.6, Lebuhraya Utara <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 04:16 PM PDT

No of View :663

 Impian jurukimpal ke jenjang pelamin buat kali ketiga bersama bekas rakan sekolah yang dikenalinya sejak 15 tahun lalu tidak kesampaian, apabila lelaki berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 38.6, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran tol Sedenak dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Mohamad Jamal Embok Hitam, 36, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Honda dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian.

Ibu mangsa, Fatimah Ismail, 54, berkata, dia tidak menyangka kenduri pernikahan anak sulungnya itu bersama tunangnya, Norida Bandu, 30, seorang kerani di Benut, Pontian, yang sepatutnya berlangsung jam 8.30 pagi ini bertukar menjadi kenduri arwah.

 "Saya sepatutnya menyambut menantu baru esok (hari ini), sebaliknya perkara yang tidak pernah terfikir berlaku apabila terpaksa membawa pulang jenazah Jamal. "Selama ini, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya gembira kerana bakal mendirikan rumah tangga bersama rakan sekelas yang dikenalinya sejak 15 tahun lalu selepas menduda setahun selepas bercerai dengan isteri kedua, tahun lalu.

"Cuma, tadi (semalam) dia tidak meminta izin saya ketika keluar rumah kerana saya pernah berpesan supaya jangan terlalu kerap keluar memandangkan dia berdarah manis (bertunang)," katanya.

Menurutnya, Allahyarham bercuti 10 hari menyambut Hari Raya dan bernikah serta bersanding di rumahnya Ahad depan.

 "Mohamad Jamal yang bangun pada tengah hari tadi (semalam) berbual seperti biasa dengan saya, namun mungkin ketika saya sibuk mengemas rumah dia mengambil kesempatan menjemput adik perempuan dan adik iparnya di Johor Bahru.

"Saya hanya menyedari ketiadaan Allahyarham selepas Nursinah, 33, anak bongsu daripada dua beradik, menghubungi dan menyatakan Mohamad Jamal dalam perjalanan ke rumahnya untuk menjemput dia dan suami," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads