Rabu, 7 September 2011

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Rumah terbuka ADUN <b>Benut</b> meriah

Posted: 03 Sep 2011 04:06 PM PDT

PONTIAN 3 Sept – Kira-kira 2,000 orang mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad, pada hari raya pertama di Pusat Khidmat ADUN Benut di sini pada 30 Ogos lalu.

Majlis dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang itu dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum dengan disajikan juadah enak seperti nasi bariani, burasak, lepat lui, kuih-muih, buah-buahan tempatan. Turut mendapat 'habuan raya' adalah golongan kanak-kanak dalam acara penyampaian oleh Hasni sendiri.

Hasni berkata, beliau terharu dengan kehadiran ramai pengunjung yang menunjukkan perayaan di Malaysia disambut bersama-sama oleh rakyat berbilang bangsa selari dengan konsep 1Malaysia.

Beliau turut menyatakan harapan agar amalan rumah terbuka menjadi pendekatan terbaik kepada golongan muda saling memahami perayaan agama masing-masing dalam memupuh perpaduan negara.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads