Rabu, 7 September 2011

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


kampung nelayan: nelayang <b>endau</b>: kita dok cukup nokwat gunda <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2011 10:55 PM PDT

Salam eidul-fitri dan selamat menyambut hari kebangsaan... KL terlalu sunyi untuk sambut perayaan tersebut tahun nie maklumlah belum ada majlis sambutan rasmi diaturkan. Ramadhan telah pergi... tapi eloklah kita terus berpuasa sunat syawal.... selalu jeragang mulakan awal supaya tercapai niat sampingan iaitu tidak menghampakan harapan mereka yang open house dan harapan sendiri yaini menunaikan sunat syawal secara tunai terus menerus.... akhir minggu lalu sempat balik mersing kejap... dapatlah menziarah pusara orang tua di perkuburan at-tahiriah, Mersing dan mengadakan tahlil arwah serta melawat sedara mara terdekat setakat yang termampu dibuat. Susah nak cari katerer piang raya nie... jadi memasing setuju untuk masak sendiri... maka kami pung pegi ke Endau untuk carik ikang... katanyer hari raya nie orang dah jemu makan daging dan ayam maka elok dihidang lauk ikan... di Endau ikannya fresh... baru balik dari laut... disana orang kelaut macang biasa kerana nelayan banyak warga asing.... tekong pung bukang orang kita yang sibuk nak berhari raya. Endau adalah bandar sempadan daerah Mersing, Johor dengan Rompin, Pahang..
Sejak dahulu Endau memang terkenal dengan tradisi pelaut dan kenelayanan.. oleh itu kita dapati penduduk di sini ramai dari kepulauan Riau dan dari Teganu kita... orang Teganu termasuk keluarga jeragang sendiri merantau kesebelah sini membawa bersama peralatan serta kemahiran sebagai nelayan.... 3 orang bapa saudara jeragang menjadi juruselam di Mersing dan Endau... ramai sedara yang terus menetap disini.... kebetulan pulak sang isteri adalah kelahiran Mersing.... 2 orang anak jeragang along dan huda lahir di Mersing, yang lenglain tu lahir di KL

Berlainan dengan Mersing, Sungai Endau adalah lebih besar.... luas sepuas mata memandang. Suatu masa dulu disini ada perkhidmatan feri untuk kenderaan dan orang menyeberang... kini telah ada jambatan yang kukuh. Jambatan ini merupakan laluan utama yang menghubung sebelah timur Johor dengan barat samada melalui Kuala Rompin-Pekan-Kuantan terus keutara pantai timur semenanjung  atau pun Kuala Rompin-Muazam-Segamat atau Kuala Pilah - KL. Arah keselatan pula hubungan Mersing dengan sebelah barat negeri Johor samada melalui Keluang- Air Hitam ke JB atau KL dan Mersing - Kota Tinggi - JB. Endau juga adalah laluan masuk pelancung yang melalui lebuhraya Tun Abdul Razak. Oleh itu Endau sebelah Pahang atau Tanjung Gemuk dibangunkan sebagai pintu masuk pelancung ke Pulau Tioman serta pulau2 lain disekitarnya..... sungguh banyak pulau untuk dilawati.... kunjungilah, anda tentu terpesona..... Di kedua2 tebingan sungai Endau yang melebar penuh dengan bot2 Nelayan laut dalam berlabuh di tambatan........ di sebelah Mersing, Endau adalah pengkalan utama nelayan laut dalam, sebelah Rompin pula ada dibina marina bertentangan dengan kompleks LKIM. Namun kegiatan nelayan masih juga penting. Kuala Sungai juga yang luas berbanding sungai Mersing menyenangkan operasi bot2 yang besar tanpa diganggu oleh air pasang surut......
Industri perikanan di Endau diusahakan oleh pemain-pemain besar. Modal untuk mengadakan sebuah bot sahaja adalah sekitar RM 1.5 ke 2+ juta. Nelayan kecil seperti Pak Ali yang jeragang temui di pasar Endau sudah tentu tiada kemampuan untuk menceburinya bidang yang sungguh mencabar ini..... 
Mengikut PakAli dalam sebulan beliau boleh dapat 4 atau 5 trip sekurang2nya, bermakna sudah dapat lebih RM7000... cukup lumayan tu... masa jeragang kelaut dulu paling banyak pung buleh lah dalang RM200... itu pung sudah cukup lumayan... doh bule enjoy sakan dah masa tu, biasa dok sampai RM100. Saper2 yang minat nak gi memancing ke Tioman melalui Endau boleh hubungi Pak Ali 019-7495412... bila duk kkecek ngan PakAli telah menambah keyakinan jeragang bahawa industri perikanan perlu disusun semula... namun yang paling mustahak orang2 kuat kena berani membuat perubahang... pertama sekali kena buleh berfikir diluor kotok...... jeragang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads