Selasa, 13 September 2011

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


PART 2: RAYA KEDUA <b>DI JOHOR BAHRU</b> (KELUARGA IBU)

Posted: 31 Aug 2011 09:52 AM PDT

Sebelum ini Princess sudah ceritakan raya pertama di Segamat, kali ini Princess nak ceritakan raya kedua di Johor Bahru pula. Pagi-pagi bersiap dan bertolak dalam pukul 10.00 pagi dan tiba di Senai pada pukul 11.15 pagi (kalau tak silaplah) di rumah mak lang. Kami diminta berkumpul di rumah mak lang sebab tanpa diduga, kami ada khabar berita buruk, yang mak ngah masuk ICU. Makanya, ramailah adik beradik ibu tiba di situ, kecuali family ayah ngah dengan ayah uda sahaja tak dapat hadir. Jadinya, yang ada pun di rumah mak lang adalah family mak long, dan family ayah cik and my family (mak su). So, nak kata ramai itu tidaklah disebabkan adik beradik yang ada pun 6 orang sahaja. 
Okey, tiba sahaja di sana, kami semua menyediakan juadah makan beramai-ramai dan membuat sedikit bacaan yaasin untuk mak ngah supaya sembuh. Ayah Princess jadi ketuanya....lepas dah siap semua kami pun bergambar buat kenangan hehehe....let's see ya...

Sory laa gambar agak kabur sebab kamera cabuk je kowt kah3x...bukan dslr yer....inilah yang dapat hadir pagi tadi huhu...dan memang favourite Princess suka layan budak kecik, dalam family ibu ini bukannya ada lagi budak kecik lagi so, yang ada anak sedara sepupu laa kan semua Princess kebas nak catch up dengan budak2 tomey ni huhuhu see ya...
Gambar 1: Anak saudara sulong(cicit sulong) Aishah
Gambar 2: Anak saudara ke-3 Jannah
Gambar 3: Anak saudara ke-2 Uzair
Ketika di rumah mak lang Princess bersama adik perempuan satu-satunya....doctor sarah hehehe...
Hari ini paling best laa sebab buku Zahiril Adzim sudah beralih tangan dengan Princess, akhirnya dapat juga buku famous tuh hahaha, thanks a lot, kepada abang sepupu, abang Adam, sebab sudi mencari, dah lah penat mencari lepas tu kena guna duit sendiri ishk3x..segan tau alih-alih pas duit nak bayar balik, dia tak nak, dia cakap dia belanja..fuhh lagi tebal muka Princess ini, segan kowt hehehe....tapi memang sangat-sangat berterima kasih atas belanja buku yang berharga RM30 itu hehe...Insyaallah ada masa balas balik hehehe...thanks abang adam!!!
Khusyuk betul bacanya tu padahal puitis semua Princess tak faham kah3x..sorry abang daim(zahiril adzim) kih3x...tapi okey lah walau bukan novel tapi serius buku dia memang smart lorh sebab terpampang banyak gambar actor nie hahaha....kalau tak salah Princess ada baca beberapa artikel yang beliau tulis balik dalam buku tersebut sudah pun Princess baca dalam blog beliau di sini: Blog Zahiril Adzim.
Okey itu sahaja nak dikongsikan bersama kih3x...tak apa nak diceritakan sangat, sebabnya raya Princess tak macam korang-korang semua mesti balik kampung~huaaa sedey3x....tak ada kampung dah, tak macam dulu-dulu semua balik main masak-masak lah dengan sepupu huk3x..rindunya zaman itu hahaha...dan dapat duit bartabung-tabung lagi yer2 je laa tu..
Okey done sekian wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads