Ahad, 11 September 2011

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


PAS <b>Gelang Patah</b> anjur Konvoi Semarak Ramadhan | Nusajaya Kini

Posted: 01 Aug 2011 07:07 PM PDT

Peserta Konvoi Semarak Ramadhan
GELANG PATAH, Sabtu – Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang bakal tiba, PAS kawasan Gelang Patah telah mengadakan konvoi Jom Semarak Ramadhan bertujuan untuk mendekati orang ramai dan beramah mesra bersama rakyat DUN Nusajaya. Bersama YDP PAS Gelang Patah, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad dan Timbalan YDP, Ustaz Salehudin Dahiran, sebanyak hampir 30 buah kereta dan 10 motosikal yang menyertai pergerakan konvoi tersebut untuk mengedarkan risalah Pusat Aduan Rakyat Zon Nusajaya, taqwim berbuka puasa, ringkasan buku jingga dan kurma kepada orang ramai.

Konvoi yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini berkumpul di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Teratai. Konvoi bermula dengan pasukan bermoto mengiringi Tn Hj Dzulkefly Ahmad ke Kangkar Pulai bagi menyantuni rakyat pelbagai kaum disana sebelum bergerak menuju ke Sri Pulai, Taman Universiti, Lima Kedai, Pekan Gelang Patah dan diakhiri di Markas Tarbiyah PAS Ulu Pulai bersama hamper 30 buah kereta yang hadir.

 Penduduk mengadu masalah kepada Tn Hj Dzulkefly Ahmad

Sambutan yang diberikan oleh orang ramai pelbagai kaum yang menyambut kehadiran konvoi ini ke tempat mereka cukup menggalakkan. Sambutan luar biasa ini dilihat sebagai petanda baik kepada PAS Gelang Patah yang semakin diterima baik oleh penduduk sekitar disamping kewibawaan Tn Hj Dzulkefly Ahmad sendiri dalam membela nasib rakyat di DUN Nusajaya ini. Penduduk sekitar jelas gembira dengan kehadiran konvoi ini dan berterima kasih terhadap sumbangan yang diberikan kepada mereka yang disampaikan sendiri oleh Tn Hj Dzulkefly Ahmad.

Ketika berucap kepada peserta konvoi ketika majlis penutup di Markas Tarbiyah PAS Ulu Pulai, Tn Hj Dzulkefly Ahmad telah melahirkan rasa gembira dengan kejayaan PAS Kawasan Gelang Patah atas penganjuran konvoi ini serta penerimaan masyarakat keatas konvoi yang dijalankan. Beliau mengharapakn program yang baik seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk meneruskan hasrat menyantuni rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads