Rabu, 14 September 2011

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Empangan RM85.5 Juta Atasi Masalah Bekalan Air <b>di</b> Kluang <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2011 09:00 PM PST

KLUANG:Masalah bekalan air ketika musim kemarau di beberapa daerah di negeri ini termasuk Kluang akan dapat diatasi dengan pembinaan empangan di Kahang bernilai RM85.5 juta.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata lokasi empangan itu telah dikenal pasti dan reka bentuk pembinaannya juga telah disiapkan.

"Kerajaan maklum bahawa ada antara daerah seperti Kluang terdedah dengan masalah bekalan air ketika musim kemarau. Oleh itu, untuk penyelesaian jangka panjang, kita akan membina empangan baru di Kahang,"katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Notis 5A kepada 317 penduduk Kampung MCA Gunung Lambak di Dewan Yap Tau Sah, di sini semalam.

Selain itu, katanya, tiga sumber air dari empangan Sembrong Barat dan Machap di Kluang dan Bekok di Batu Pahat  turut menghadapi masalah memproses air disebabkan paras air yang tidak mencukupi.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM13 juta untuk menaik taraf ketiga-tiga empangan berkenaan.

"Projek menaik taraf empangan ini adalah untuk menaikkan semula paras air di Bekok dan Machap. Jika berjaya, lebih banyak air dapat disimpan dan sekaligus mampu meningkatkan kapasiti untuk bekalan air ke daerah Kluang,"katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani menyarankan supaya setiap penerima hak milik membayar wang premium serentak bagi memudahkan kerja meletak batu sempadan.

"Penanaman batu sempadan secara serentak amat penting bagi pembangunan semula kampung ini, termasuk dari segi penyediaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam,"katanya.



Gubuk Kecil Kembara Jalanan: <b>Kahang</b> - Bibiq keteguran <b>di</b> kebun

Posted: 10 Apr 2011 08:45 AM PDT

Hujung minggu ini (April 9-10, 2011) - maza sudah pulang ke kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor. Adik maza (Bibiq) sudah diserang gangguan dari alam ghaib. Kakinya membelon dari ibu jari membawa ke pangkal peha di sebelah kaki kanannya. 
Sekarang ini Bibiq sedang mendapatkan rawatan di rumah mertuanya di Batu Pahat. 
Alkisah tatkala meracun di kebun getah di atas bukit sana berpinggiran hutan simpan kekal Lenggong itu. Tatkala dalam perjalanan pulang dia menegur sebuah tapak kaki yang agak pelik. 
"Kalau tak silap, ini tapak kaki tenuk ni," kata Bibiq kepada Ana isterinya.
"Mana bang?" Ana terpinga-pinga mencari sama.

Hanya beberapa saat selepas itu kakinya mulai terasa lain macam. Dirasakan berat berpikul-pikul memeluk kaki kanannya. Sampai di rumah kakinya itu sudah membengkak besar. Maka tahulah Bibiq serta emak bahawa Bibiq sudah terkena 'teguran'.
Sebelum ini pun sudah pernah berlaku dan ramai juga orang kampung terserempak dengan 'sesuatu' di kebun itu. 
"Sudah namanya kebun kami di situ. Lagi pun memang tempat kami cari makan. Mahu atau tidak terpaksalah kami redah juga bang. Mahu atau tak kena juga buat, kalau tidak macam mana dapur kami nak berasap," terang Bibiq kepada maza setelah diusulkan agar dia lebih berhati-hati ketika menoreh mahupun membersihkan kebun.
Setelah seminggu berubat di Batu Pahat dengan seorang Kakek (atuk), alhamdulilah, sakit yang dialaminya semakin pulih. Dari tidak boleh berjalan dengan hanya mampu merangkak serta 'diusik' pada malam hari, hari ini Bibiq sudah boleh berjalan dan bengkaknya semakin menyusut.
Benda-benda halus seperti ini sukar juga hendak dipastikan. Mulanya ingatkan sakit yang boleh dirawat di hospital. Tetapi doktor kata mengikut pandangan perubatan moden, Bibiq sihat dan tidak sakit apa-apa. Kemudiannya doktor Melayu tersebut menyarankan agar Bibiq dibawa pulang dan berubat alternatif cara 'kampung'.
Esok malam, dengar khabar sekali lagi Bibiq akan dirawat dan dimandikan bunga. Mudah-mudahan semuanya selamat dan sejahtera hendaknya.
Pada kengkawan, mahulah maza memohon jasa baik agar mendoakan keluarga kecil kami dalam keselamatan, kebahagian, dan perlindungan daripada Tuhan Rabul alamin jua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads