Ahad, 4 September 2011

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


UMNO Online - Kemenangan Tenang Beri Kelebihan UMNO <b>Labis</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 03:30 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kemenangan Tenang Beri Kelebihan UMNO Labis Hadapi PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Rosdin Mahamud berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan pada 30 Januari lalu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha banyak membawa rahmat dan kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bahagian tersebut.

Menurut beliau, kemenangan BN semasa PRK tersebut telah membuka banyak mata masyarakat setempat untuk melihat ketelusan UMNO dan BN di dalam membela nasib rakyat serta mengotakan segala janji yang dibuat.

"Disebabkan kesedaran tersebutlah, membuatkan kita menang besar di PRK Tenang yang lalu.

"Rakyat sedar, hanya kita yang telus membela nasib mereka. Walaupun sebelum ini tsunami politik melanda negara, tetapi di bahagian Labis, masyarakat setempat masih terus utuh bersama UMNO dan BN. Kekuatan inilah yang akan terus kita bawa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Saya terus mengekalkan gerak kerja di PRK Tenang bagi persediaan PRU nanti," ujarnya.

Katanya, masyarakat di Bahagian Labis percaya, UMNO dan BN adalah parti yang boleh dijadikan sandaran untuk memastikan bukan sahaja nasib rakyat terus dibela, tetapi juga untuk mengekalkan keamanan negara dalam suasana aman dan harmoni.

"Rakyat sekarang sudah pandai menilai. Jadi mereka sedar hanya kita yang sentiasa berpegang kepada janji. Pembangkang hanya tahu menabur janji semata-mata untuk meraih undi. Kita juga sentiasa mengingatkan rakyat melalui program-program yang dijalankan agar jangan mudah terpengaruh dengan tipu muslihat pembangkang yang hanya mahu merampas kuasa," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan yang penuh untuk terus mempertahankan satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN di bahagian Labis pada PRU akan datang.

Katanya, Johor adalah kubu kuat BN dan ini memberi satu kelebihan kepada BN di bahagian Labis.

Namun jelasnya, ini bukan bererti usaha keras menghadapi PRU diabaikan.

"Kita perlu menggandakan usaha walaupun Johor adalah kubu kuat BN. Kubu kuatlah yang perlu kita jaga agar ianya terus memberi kelebihan kepada kita dan seterusnya mencapai hasrat untuk mendapat kembali 2/3 di dalam parlimen," katanya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 13 July 2011 Pada 6:30 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads