Isnin, 5 September 2011

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Tiga orang anak polis maut dalam kemalangan <b>di</b> kilometer 113.6 <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2011 02:27 AM PDT

No of View :1184

Tiga adik-beradik lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng awal Ahad.

Mereka ialah Ahmad Zakhwan Patah Raji, 19, serta dua adiknya, Ahmad Zahinuddin, 18, dan Ahmad Zarif, 12.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat Superintendan Adnan Azizon berkata dalam kejadian 2.45 pagi itu, Ahmad Zakhwan yang memandu kereta Kancil hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan kenderaannya bertembung kereta Proton BLM milik Ho Hong Shou.

"Semua mangsa sedang dalam perjalanan dari Kelantan untuk menyambut Aidil Fitri bersama ayah mereka Koperal Patah Raji Muhamad yang bertugas di Balai Polis Simpang Renggam," katanya.

Ahmad Zakhwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adik-adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Pahat.

Sementara itu, Ho, 20, cedera ringan dan dibawa ke hospital berkenaan. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads