Isnin, 5 September 2011

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Syawal 2011 sungguh amazing « noorainikhaironi

Posted: 05 Sep 2011 03:13 AM PDT

Malam Raya

Emak memimpin bacaan takbir Raziman, Syafiq dan Syahmi.  Sungguh syahdu.

Kemudian diikuti oleh ahli keluarga yang perempuan pulak secara bergilir-gilir.  Tiba giliran ku.  Jiwa terasa kosong.  Sunyi.  Melayang seketika dalam dunia ingatan bertakbir bersama arwah abah.  Syukur aku masih cekal terus mampu tersenyum.  Oleh kerana tidak mahu air mata emak tumpah di Syawal ini.

Selesai takbir dengan iringan dentuman bunyi mercun jiran tetangga, kami berselawat dan bersalaman.

Hari Raya 1:  Duduk rumah aje

Syukur kepada Ilahi, kami bersembahyang Hari Raya di masjid Felda Chemplak.  Sudah puluhan tahun aku tidak menjejakkan kaki di sini.   Plan awal sekadar mahu mengantar Raziman, Syafiq dan Syahmi solat Raya je.  Sebab pagi itu hujan lebat.   Namun mak mencadangkan agar saya, kak Long serta puteri ku Nur Sakinah turut bersembahyang sama.

Ramai ku temui kawan-kawan emak.   Nur Sakinah menjadi tumpuan mereka.  Sekali lagi aku memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana puteri ku ini tenang setenang namanya.   Nur Sakinah menerima restu dari nenek-nenek yang ditemui atas kesopanan dan ketertibannya.   Subhanallah.   Amin.

Selepas tahlil, kami pun menyusur ke rumah Pengurus.   Aku menyusuri aktiviti arwah abah pada setiap Syawal.  Terasa dekat sungguh dengan abah.

Siang itu kami secara bergilir-gilir melayan tetamu-tetamu celek yang berkunjung.   Ramai dikalangan mereka adalah cucu peneroka.   Masa itulah bila kena turn ku,  habis lah budak-budak itu aku  tanya tentang asal usul mereka.  Maklumlah banyak cerita yang mengejutkan.   Bukan apa, ada sebilangan mereka adalah anak2 kawan masa sekolah.  Mereka hebat2.   Ada yang anak 8 orang.  Yang datang beraya tu anak kedua bungsu.   Abang atau kakak yang ada dah bekerja.

Sedang aku nie.. anak masih sekolah rendah.    Sesungguhnya aku tetap bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang sihat dan ceria.

Raya ke-2

Adik-adik sekeluarga mulai sampai.

5.30 petang aku menjemput hubby di setesen keretapi Labis.   Hilang rindu sebab telah berjauhan 4 hari.    Kesian dia malam raya berbuka dengan ketupat dan rendang ayam yang dibelinya di Kompleks PKNS.

Tambah gawat apabila si kenit Mardiah (2 tahun) dan Mashita (1 tahun lebih) pulang.  Keletahnya sentiasa mencuit hati kami semua.

Dalam tempoh kalut dgn anak-anak buah, kami menerima kunjungan sanak saudara yang datang paling kurang 3 /5 kereta.  Sampai mak cakap kalau  buat marhaban memang hebat.

Jadi aku dan adik ipar serta anak buah yang besar2 sibuk di dapur.   Penat tapi seronok jumpa saudara mara rapat arwah abah dan emak.

Raya ke-3

Hah… kami 5 kereta adik beradik beraya ke kampung Yong Peng dan Parit Yanni.

Sepanjang perjalanan ke Kg Parit Selamat, aku mengimbau pengalaman semasa misi bantuan mangsa banjir di sana kepada anak-anak.    Bagaimana keadaan waktu itu.   Serba kekurangan dan kurang selesa.

Sepanjang berraya ini, aku menerapkan rasa kesyukuran kepada anak-anak akan nikmat yang mereka kecekapi dan apa yang mereka miliki.    Kekurangan kehidupan orang lain tidak menjadi penhalang untuk kita berkunjungan.   Di sinilah aku tekankan adab berhari raya yang sopan dan tertib serta adab menghormati tuan rumah.   Bukannya budaya menuntut duit raya.

Apabila menjejakkan kaki ke rumah bapa saudara (adik-adik arwah abah)  aku memang tidak dapat menahan rasa rindu yang bukan kepalang kepada arwah abah.    Tanpa dapat ditahan lagi aku tersedu.   Terima kasih kepada Wak Bari yang mengizinkan aku mencium dahi dan kedua pipinya seperti mana  yang sering aku lakukan kepada abah.   Subhanallah.

Kebanyakan rumah dikunjungi mempunyai cerita nostalgia semasa kecilku.  Oleh kerana aku ini sering menjadi anak angkat kepada saudara yang tiada anak perempuan atau yang lewat mendapat anak.

Sehingga ketika melewati Kg Parit Endin, hati ku berdetik "Ya Allah, aku hambamu mengucap syukur di atas keizinanMu untuk aku berpeluang menikmati detik-detik bersejarah ini bersama-sama suami."  Rasanya jikalau aku mati pada ketika itu, aku rasa puas kerana suami tahu bagaimana susah senang diriku semasa kecil hidup bersama-sama insan2 yang telah tiada ini.   Oleh kerana mereka semua memang membelai dan menyayangi diri ini.   Al-Fatihah untuk mereka.

Raya Ke-4

Selepas mengemas rumah dan membersihkan sekeliling rumah.   Aku dan keluarga bersiap-siap untuk menghantar suami ke setesen keretapi.    Apabila sudah berbaju Melayu … pakai baju raya lah …. kami sekeluarga mengambil peluang bergambar satu keluarga bersama-sama emak.

Lepas itu kami sekeluarga berkunjung ke rumah Wak jiran sebelah rumah.

Pukul 9.45 pagi kami sekeluarga ke Labis untuk menghantar suami yang akan pulang ke KL sendirian.

Itu yang kami merakamkan ragam di setesen keretapi Labis.

Raya Ke-5

Sabtu pagi temankan kakak ke Labis membeli barang keperluan dapur sebab ada saudara yang nak datang.

Di sini aku bertemu dengan kakak teman sekelas semasa belajar di Tingkatan 6 Rendah dulu.    Hoi… naik malu dibuatnya apabila dia mengimbau zaman aku keluar di MHI TV3 di awal 1995 dulu.    Masa itu aku bekerja di FOMCA.   Memanglah glamour…  namun aku tetap insan biasa aje.

Petang 2.30 petang, aku dan anak-anak berangkat untuk pulang ke Shah Alam.   Bagaimanapun kami singgah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Bekas Pelajar 5A Sains, Sekolah Munshi Ibrahim, Labis di Dewan Pejabat Peladang, Labis.

Memang gempak.

Anak masing-masing tidak dapat mencari gambar ayah atau ibu mereka semasa di sekolah.   Aku amat bertuah kerana anak-anak ku cepat cam.    Dan kekawan gak kata aku tak banyak beza sgt.  Senang nak kenal.

5.30 petang aku baru bertolak balik ke Shah Alam.

*** inilah sebahagian coretan di Aidil Fitri 2011 yang penuh bersejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads