Sabtu, 3 September 2011

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tragedi Raya

Posted: 02 Sep 2011 09:34 PM PDT

Satu peristiwa yang takkan dilupakan pada sesi Aidilfitri tahun ini. Sebuah pengalaman yang indah diingat, perit ditanggung. Sesungguhnya tidak akan sempurna iman seseorang itu apabila tidak diuji. Dan ujian yang menimpa kami ini sememangnya dari Allah bagi menguji dan hambaNya dan memberi hikmah di setiap apa yang terjadi.

Pada hari raya ketiga, hari Khamis, saya bersama keluarga mentua bergerak menaiki dua kenderaan untuk pergi beraya di Pengerang dan Felda-felda sekitar Kota Tinggi. Kami bertolak dari Parit Raja sekitar jam 8.30 pagi.

Tiba di Pengerang sekitar jam 11 pagi, singgah di kedai untuk bersarapan dan kemudian terus menuju ke kampung dan menziarahi kubur. Bertolak dari kampung di Pengerang menuju ke Felda Semenchu, beraya di rumah pakcik (pak Usu Azmi).

Kemudian bertolak ke Felda Waha menziarahi Pakcik dan Bak.

Selesai di Felda Waha, menuju pula ke Felda Tenggaroh Selatan (rumah Makteh)

Dalam perjalanan ke Tenggaroh inilah, sebuah tragedi berlaku kepada kami.

Saya mendahului perjalanan. Waktu itu sekitar jam 11.30 malam – 12.00 malam. Dalam kereta ada isteri, anak, dan ibu bapa mentua saya. Kecuali mak, yang lain semuanya lena tidur. Van yang dinaiki adik beradik lelaki bujang menuruti di belakang.

Jalan ke Tenggaroh dalam keadaan baik. Saya memandu tidaklah laju sangat, sekitar 80-90 km/j. Sedang memandu (ditambah dengan sedikit ngantuk dan badan lesu dan keletihan), tiba-tiba terdapat lubang besar di hadapan. Lubang itu memenuhi seluruh jalan.

Tidak ada jalan lain. Dengan kelajuan yang sukar berhenti dengan serta merta, saya terpaksa memusing steereng ke kiri. Lubang yang sangat besar itu dihentam dengan kuat. Gedegang!!. Tayar kanan hadapan masuk ke dalam lubang dengan hentaman yang kuat. Lokasi lubang yang memenuhi keseluruhan jalan memungkinkan mustahil untuk sesebuah kereta mengelak!

Dengan serta merta, tayar hadapan kanan terus kehabisan angin.

Saya terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. Melihat tayar, memang sah sah sudah pecah. Memang tak ada harapan untuk 'nak ada angin sikit' di dalam tayar untuk ke rumah Mak  Teh yang sudah tidak jauh lagi.

Dengan keterpaksaan, tayar terpaksa dibuka dan diganti dengan tayar spare. Melihat kanan kiri jalan yang gelap gelita dipenuhi pokok kelapa sawit agak sedikit menggerunkan jika hanya saya seorang menghadapi situasi itu. Mujur rombongan kami ramai. Tiada pula kereta lain yang lalu lalang. Bayangkanlah jalan felda. Mana lah ada kereta sangat dan jam pula sudah 12 malam.

Selesai menukar tayar, perjalanan diteruskan ke rumah Makteh.

Tidur sebentar di rumah Mak Teh.

Jam 1.30 pagi, dikejutkan untuk bersiap bergerak pulang ke Parit Raja.

Kami bertolak dari rumah MakTeh jam 2.00 pagi. Dengan perjalanan menggunakan tayar spare, sudah tentu perjalanan yang melibatkan 'badan yang penat' ini tidak menyeronokkan. Terpaksa memandu sekitar 60km/j. Dengan suasana yang hening, ditambah dengan badan yang lesu, sudah tentu pemanduan ini sangat mencabar. Perut pula entah kenapa memulas-mulas sejak di rumah MakTeh. Singgah di Masjid Kota Tinggi untuk melepaskan hajat.

Masuk ke higway, boleh lah laju sikit ke 80km/j. Tidak boleh lebih.

Alhamdulillah, perjalanan dari Kota Tinggi  bermula jam 2.00 pagi menggunakan tayar spare ke Parit Raja selamat tiba di rumah pada jam 5.20 pagi. Sebuah perjalanan yang terpahat dalam sejarah peribadi!

Sebanarnya, sebelum bertolak lagi, saya sentiasa terfikirkan akan tayar spare. Seperti ada isyarat mengatakan bahawa akan berlaku sesuatu pada tayar kereta. Malah, semasa servis kereta beberapa hari sebelum Aidilfitri lepas, staf Perodua itu menyatakan agar bersedia untuk 'menukar tayar'!!

Keesokannya, selepas solat Jumaat, tayar kereta ditukar. Pergi ke kedai tayar di Pekan Parit Raja. Menukar kedua-dua biji tayar hadapan. Sebiji tayar Good Year berharga RM175. Sport Rim tayar yang bocor malam tadi terpaksa diketuk kerana sudah bengkok. Mujur juga boleh diketuk. Jika tidak, terpaksa pula menukar rim. Dengan dua biji tayar Good Year, Ketuk Rim, Alighment, kos yang 'rela' dikorbankan adalah sebanyak RM390 di Aidilfitri yang mulia.

Sebuah kenangan yang pasti takkan dilupakan pada sesi Aidilfitri kali ini.

Tragedi Tayar Pecah di Hari Raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads