Ahad, 25 September 2011

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Gangguan pencemaran bau najis itik <b>di</b> kawasan perumaahan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 10:40 AM PDT

Saya Hairul Nizam berasal dari Johor Bahru bertempat  di Taman Saujana, Plentong, Masai. Saya ingin membuat aduan mengenai gangguan pencemaran udara akibat bau najis itik.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan salah seorang penduduk di kawasan tempat kediaman kami telah menjalankan aktiviti menternak itik baru-baru ini. Perkara yang menjadi masalah ialah cara dan tempat beliau menjalankan aktiviti tersebut adalah salah kerana berdekatan dengan kediaman penduduk lain iaitu belakang kediaman rumah sejak-sejak ini kami tidak tahan dengan hadirnya bau-bauan yang kurang menyenangkan tersebut.

Masalah ini menjadi makin teruk apabila selepas hujan kerana bau najis haiwan tersebut begitu kuat kerana di bawa oleh angin.Pada asalnya, tapak yang beliau menjalankan aktiviti tersebut ialah rumah usang milik warga Singapura yang sekarang sudah sakit dan tidak dapat datang ke tapak tersebut lagi.

Pada awal tahun ini tidak silap saya rumah tersebut telah dirobohkan dan menjadi kawasan lapang dan di sebabkan lapang beliau menjalankan aktiviti penternakan tersebut disitu tanpa pengetahuan pemilik tanah. Dan ada jam 9.37pm 20.9.2011 sewaktu saya pulang dari berbelanja dengan orang tua saya, saya telah melihat sebiji lori berada di sekitar kawasan kediaman beliau yang menjalankan aktiviti menternak tersebut. Sejurus saya melihat lori tersebut saya terperanjat apabila saya mendapati beliau dan pemandu lori itu menurunkan itik dlm jumlah yang agak banyak untuk diternak lagi.

Saya kurang pasti adakah menjalan aktiviti tersebut memerlukan lesen yang sah kerana jika aktiviti penternakan tersebut tidak memerlukan lesen yang sah mengapa mesti pemandu lori tersebut menghantar itik-itik itu pada waktu malam di kawasan yang gelap tanpa dilihat oleh penduduk lain. Kawasannya di lot 52 Jalan Saujana, 2/2 Taman Saujana, 81750 Plentong Masai, Johor Bahru, Johor.

Saya mengarapkan mana-mana pihak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar masalah ini tidak berlarutan. Sekian terima kasih.

By: hairul nizam

Aduan yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads