01 di pontian - Google Blog Search |
| TITISAN NURANI: Hari Raya 1432H <b>di Pontian</b> Posted: 08 Sep 2011 06:14 PM PDT Menyusur Hari Raya ke tiga aku dan keluarga sudah berada di Pontian. Sasaran mengunjungi warga emas dan tempat yang boleh membuka minda anak-anak supaya sentiasa bersyukur atas nikmat yang melimpah-ruah kurniaan Allah pada kami.
Rumah lama - Berkunjung ke rumah ini kerana nosltagia rumah ini dulu adalah kunjungan ramai para mufti dan kadhi berhimpun. Pangkat dua pupu dengan aku. Melahirkan ramai anak-cucu yang cemerlang. Bukan saja doktor perubatan, tapi yang pHD pun ramai dan paling tidak pun menjadi lecturer. Hari Raya saja rumah ini ramai pengunjung.
![]() Kuih - Anak-anak tetap makan juga kuih di rumah nenek yang uzur tersebut. Mereka tidak dapat merasakan apa yang kita rasa. ![]() Anak sulung - Kami berbaju merah ketika beraya di Pontian. Menikmati suasana kampung yang nyaman ![]() Anak kedua - Selalu disangka dia anak sulung walau jarak 3 tahun dari kakaknya. Macam sudah sekolah menengah tetapi kalau ke taman permainan masih suka main buaian. ![]() Adik - Anak ketiga dan bongsulah sebab sudah 8 tahun masih belum ada tanda akan punya adik lagi. Syukurlah ada tiga zuriat. Kelak bila besar, panjang umur dapatlah aku anak lelaki (Hehehe... berangan betul...) ![]() Malam akhir - Malam itu dihabiskan semua mercun dan bunga api yang pakcik dia belikan kerana esoknya masing-masing sudah hendak balik. Tinggallah aku anak-beranak dengan bapak di kampung. Perpisahan sementara - Sebelum masuk kereta sekali lagi snap gambar. Siti Nabihah sudah hendak kena register untuk ke UIA, Safia adiknya sambung belajar untuk menghadapi SPM dan Adam masih sekolah rendah lagi. ![]() Sepupu - Adik dengan sepupunya, Adam yang hendak bertolak balik ke Selayang. ~~ Bila balik dari kampung baru perasan banyak rentetan yang terjadi di Hari Raya tidak terakam dalam kamera. Ketupat-kuih-muih-makan-makan semuanya tidak ada dalam kamera aku. Itulah gara-gara asyik ke dapur masak-masak-masak, bila letih malam selepas tetamu balik mata terus terlena. Kamera lebih berada di tangan anak-anak saja ~~ |
| You are subscribed to email updates from di pontian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Adik-beradik - Bersama-sama kami mengorak langkah menuju ke rumah nenek yang telah uzur.
Seronok - Anak-anak sudah sampai rumah nenek tersebut kami yang tertinggal di belakang
Uzur- Menziarahi nenek yang uzur. Ini rumah dia tapi hari biasa dia tinggal bersama dengan anaknya di Johor Bahru. Sudah tidak mengenali aku dan kakak-kakak aku juga. 




Perpisahan sementara - Sebelum masuk kereta sekali lagi snap gambar. Siti Nabihah sudah hendak kena register untuk ke UIA, Safia adiknya sambung belajar untuk menghadapi SPM dan Adam masih sekolah rendah lagi. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan