Rabu, 7 September 2011

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Taman Teknologi Tinggi <b>Senai</b> pemacu pembuatan <b>...</b> - Utusan Online

Posted: 23 Aug 2011 08:08 AM PDT

Taman Teknologi Tinggi Senai pemacu pembuatan teknologi tinggi

Taman Teknologi Tinggi Senai pemacu pembuatan teknologi tinggi

23/08/2011 6:33pm

PUTRAJAYA 23 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Taman Teknologi Tinggi Senai di Johor telah dikenal pasti sebagai pemacu utama bagi pembuatan berteknologi tinggi serta penyelidikan dan pembangunan negara.

Beliau berkata, taman itu yang merupakan taman teknologi tinggi kedua selepas Taman Teknologi Tinggi Kulim, akan melengkapkan visi kerajaan untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara maju, dengan inovasi teknologi, industri kreatif dan inisiatif nilai tokok.

Kedua-dua taman itu akan merangsang ekonomi negara selanjutnya dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang sangat luas bagi warga Malaysia, katanya.

"Menyedari pentingnya Taman Teknologi Tinggi Senai kepada kesejahteraan negara, kerajaan telah meluluskan projek ini, yang akan dilaksanakan melalui cara Perkongsian Awam-Swasta.

"Saya gembira mendapat tahu ia mencatatkan kemajuan besar sejak saya melancarkan projek itu tahun lepas," kata Najib semasa berucap pada upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Senai Hi-Tech Park Sdn. Bhd. dan Solexel (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar modul PV suria inovatif yang berpangkalan di Milpatas, California, di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads