Khamis, 8 September 2011

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Gangguan air <b>di Senai</b> 15 Sept.

Posted: 07 Sep 2011 04:06 PM PDT

JOHOR BAHRU 7 Sept. – Pengguna di Senai dijangka menghadapi gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pengalihan paip air di persimpangan masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 15 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, gangguan itu melibatkan jumlah pengguna yang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 1 pagi keesokannya.

"Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya untuk jangka masa 15 jam gangguan berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kawasan terlibat adalah seluruh tempat di sepanjang Taman Bukit Senang, Taman Selesa, Taman Dasa, Taman Angkasa, Taman Dewani, Taman Beringin, Taman Dama, Kampung Baru Senai, Pekan Senai, Lorong 1,2 & 3, Taman Senai Utama, Taman Saleng, Taman Saleng Baru dan Taman Saleng Indah.

Turut terjejas, Taman Saleng Jaya, Taman Saleng Gaya, Taman Pancasila, Taman Muhibbah, seluruh Bandar Putra, Hospital & TNB Kulai, Carcity & Mc Donald, Rumah Kedai Bank Islam, Stesen Petronas dan Shell, Pejabat Kerajaan, Majlis Perbandaran Kulaijaya, Bandar Kulai, Taman Gunung Pulai, Taman Gemilang, Kampung Pertanian, Kampung Melayu Kulai dan Taman Kulai Utama.

"Tesco, Plaza Tol Kulai, Taman Sri Kulai, Taman Sri Kulai Baru 1 & 2, Taman Mas Tropika," katanya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan semasa gangguan berlaku boleh menghubungi SAJH di talian 1-800-88-7474 atau 019-7727474.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads