Jumaat, 23 September 2011

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


DrSatriaN: Mengutip Kata-Kata Orang Tua <b>di Skudai</b>..

Posted: 16 Sep 2011 11:45 PM PDT

Assalamualaikum.

Balik ke kampung, pasti aku akan meluangkan banyak masa bersama ayah mertuaku. Dan kadang-kadang bersama dengan teman-temannya yang selalu berkunjung ke 'makmal' ayah. Sebetulnya.. aku tak reti nak bergaul dengan orang tua. Bukannya aku sombong, tapi takkan la aku nak bertepuk tampar macam aku bergaul dengan kawan-kawan. Kebanyakan masa aku cuma mendengar dan mengangguk sahaja. Bila bersuara, terasa macam kekok lak.

Tapi.. orang kata, 'orang tua banyak pengalaman, orang muda banyak tenaga'. Sedikit sebanyak ada juga ilmu pendidikan anak-anak yang kukutip daripada mereka.

"Bila anak mencuba buat sesuatu, pastikan dia buat sehingga siap."

Aduh! Menusuk betul ayat ni bila terdengar di telinga aku. Memang tak aku nafikan betapa benarnya prinsip kehidupan seperti ayat di atas ini. Aku sendiri pun sering berhadapan dengan masalah ini yang hampir menjadi serius dalam hidup aku. Selalu aku menyalahkan diri sendiri yang akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Tapi.. itulah pengajaran yang sangat berguna kepada anak, jika berjaya diterapkan.

Aku mengakui betapa sikap dan perangai itu sebenarnya perlu dibentuk seawal usia kanak-kanak lagi. Itulah masa yang sesuai kerana cubaan dan kesilapan tingkahlakunya tidak jauh menjejaskan masa depannya, sedangkan jika dah berumur begini baru nak berubah.. alangkah sukarnya. Tapi tiada yang mustahil untuk berubah ke arah kebaikan.

Alangkah bertuahnya anak itu seandainya dirinya telah ditanamkan prinsip tidak mudah mengalah seperti kata-kata orang tua di atas. Dengan sikap ini, pasti anak itu akan beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Itulah resmi hidup ini...
Sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya.
One step at a time will finally reach the destination.
Failure is not when you don't achieve your target, but it is when you stop doing.

Ya Allah, please give us hope and strength to be successful in this life. Ameen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads