Isnin, 12 September 2011

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Pengalaman ku kerja istana /Mengikut Tengku Abdul Majid Idris <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 12:17 PM PDT

Sambungan dari jamil Kerja Di Hotel Puteri Pan Pacifik Johor.

Jamil kerja di Pan Pac ( Puteri Pan Pacifik Johor ) selama 2 tahun. dari hotel itu sampai tingkat 114-15 hinggalah tingat 20 siap. kerja di hotel benar benar membosankan jamil. ye la ajdi house detektif ni ke hulu ke hilir pakai kot. tengok ornag mcm securiti la. cuma pakaian je yg segak sikit. tapi kerja sikit tak boleh duduk. kena round. bertoki sana bertoki sini , roger sana roger sini. makan selalu di cafenteria hotel.

Hostel tempat tinggal jamil di setulang laut. so bila cuti selalunya jamil mandi laut. atau main wind surfing dengan budak budak sekolah cina fun yew. di tepi pantan setulang , dari situlah jamil belajar cakap cina hasil dari banyak berkawan dengan budak budak sekolah cina tu. lagi pun kebanyakan orangs ekolah tu dari cikgu sampai ke murid.kenald an tahu jamil bekas orang istana. di johor boleh di katakan semua cina takut bila sebut je dari istana. atau orang istana. die orang gerun.sebab kalau tak silap dari dulu banyak yg kena lempang, belasah, mcm mcm lagi la. so walaupun jamil melayu jamil boleh masuk dalam kawasan sekolah tu tanpa di ganggu. sekolah fun yew ni tak silap sekolah privert. tu yg dapat gunakan wind surfing merek percuma.


Cam tu gak bila kena trip kerja malam tak tido jamil suka lepak di tepi pantai. disetulang laut tu ada satu kawasan khas untuk keluarga di raja main wind surfing,main bot,main jet ski. dari waktu jamil kerja istana lagi. adik kepada TMJ Tengku Abdul Majid suka main wind surfing dan main jet ski. boleh di katakan setiap hari. beliau memang tahu jamil pernah kerja di istana pasir pelangi. jadi jamil boleh rapat dgn beliau. selalu membantu turunkan windsurfing. dan apa sahaja ketika melepak dgn beliau. di sebabkan jamil selalu ada di stulang laut. waktu beliau sampai jamil dah jadi mcm ornag beliau. sehinggalah sampai suatu masa beliau memperlawa jamil mengikut beliau ke singapore setiap malam. tapi jamil tak boleh sebab jamil kerja.


Jamil berhenti kerja di Hotel Puteri Pan Pacifik Johor.sebab dah naik boring , Jamil dapat kerja di Hotel Holiday Inn Crown Plaza johor baharu pulak sebagai Floor Supervisor. bahagian housekeeping .kertja jamil ialah memeriksa bilik bilik yg sudah di bersihkan .jadi sebelum di jual kepada pelangan bilik tersebut perlu mendapat kebenaran floor supervisor dahulu. kerja di sini pagi sampai petang tiada malam. hostel pun di setulang laut gak. jadi habis je keje jamil akan cepat cepat balik umah. lalu balik tu mesti nampak tengku Majid dah ada disetulang laut . so balik tukar baju datang tempat tengku majid. dan pasal dah tukar kerja pagi sampai petang malam free la. jadi bila jamil cerita dekat tengku majid beliau mengajar jamil mengikuti beliau ke singapore setiap malam.

Selalunya bila kami ke singapore akan pergi 2 kereta .satu kereta tengku majid. dan satu lagi kereta bodyguard ( askar JMF ) . dan selalunya kalau tengku majid ke singapura. ada seoarng lelaki yg akan ikut sama iaitu sdr Yahya. beliau adalah anak taukeh mutiara motor. pengimport kereta mewah di johor bahru. yahya ni tugas dia bila ikut tengku majid ialah tukang bayar apa apa pun. kalau kami ke singapura antara tempat yg selalu kami pergi ialah SHIMA ( restaurant jepun ) atau Sebuah Disco Bernama chiuatore ( tak silap la ) di hayatt singapore. atau kami makan di mana mana hotel. ada 2-3 lagi disco yg kami pergi jamil pun tak ingat namanya atau kami lepak di rumah kaisara di mimpu appartment di mimbu. tak payah cite la buat apa kat sini k.paham paham sendiri la. . siapa kaisara ?

Kaisara ni tak silap mix melayu arab , memang cantik. dia ni model terkenal singapura , dia ni lah yg selalu tengku majid jumpa kalau pergi singapura. tak tahulah nak panggil apa. girlsfriend ke. perempaun simpan ke. awek ke. tapi kalau kami ke singapura setiap malam pertama mesti ke mimbu ambil kaisara. lepas tu kami akan ke tempat tempat yg jamil sebutkan tadi tidak pun ke rumah satu pasangan mat salleh tua jamil lupa siapa. kami selalu lepak di sini la. atau ke disco.atau restaurant atau pun melepak di appartments kaisara. pagi pagi baru balik.di sinilah kesilapan jamil sekali lagi jamil buat silap. di sebabkan selalu balik pagi. tido 2-3 jam pastu bangun pagi pergi kerja. membuat jamil selalu mengantuk. dan akhirnya beberapa kali jamil tertido do tempat kerja. kalau tak tido kerja always ngantok. how to concentrate . akhirnya Ganeral Manager ( mat salleh ) terjumpa jamil tertido atas kerusi dalam bilik. so pahan je la. kena buang kerja.

Malam jamil jumpa tengku majid jamil cerita dekat beliau. terus beliau cakap kerja dgn beliau. ikut je beliau. alhamdullilah memang tiada perjanjian. tapi selang 2-3 hari tengku majid akan beri rm 200-rm300/ atau kalau beliau beri duit untuk beli apa apa balance beliau jarang tanya atau ambil. jadi jamil ambil la. sebulan dapat la 1000-2000. selalunya jamil akan ke istana bukit sereen kediaman almarhum sultan johor sebab tengku majid tinggal di sana. atau jamil tunggu je tengku majid di setulang laut. kalau tak main jet ski atau wind surfing beliau main badminton. malam baru ke singapura. nak cakap jamil memang tak pernah ada pasport tapi bertahun masuk ke singapura. selalu kalau kami ke singapura antara kereta yg kami naik ialah proton sag yg telah di ubah suai berwarna emas bernombor JQQ1 , nissan fairlady ,nissan safari 4 wheel drive , mercedes station wagon, mercedes s class atau Van GMC. Tengku majid idris selalu bawa sendiri. dari johor ke singapura selalu jamil akan naik satu kereta dgn beliau. sampai di rumah kaisara baru jamil naik kereta bodyguard atau jamil duduk belakang.

Malam kalau kami balik selalunya pukul 3-4 pagi. lalu di kastam mereka nampak je kereta plate no satu cermin gelap. mereka berdiri tabik. kadang -kadang kami ganggu gak. pakai mic. mereka bukan nampak siapa dalam gelap. saja nak mengusik orang muda nakal. sampai di istana. tengku majid akan menyorok masuk pelan pelan takut almarhum tahu.jamil akan balik selalu akan di hantar oleh sdr yahya. itulah kerja kami setiap hari setiap malam. siang mandi main di laut. malam ke singapura. Tapi jamil cakap terus terang selama ikut tengku majid jamil tak pernah nampak beliau minum arak. tak tahu beliau minum atau tidak sebab tak pernah tengok beliau minum. mungkin waktu tu almarhum tak benarkan kot. mereka tengku majid dan TMJ memang takut dgn almarhum.

Tengku majid mahu kaisara pindah duduk di JB . katanya senang sikit. kalau nak gi singapur just ambil je. so kami pun cari sebuah rumah. dapat sebuah rumah 2 tingkat di taman sentosa tapi jamil lupa no rumah itu. tapi kalau nak cari check dekat telekom sebab apabila tengku majid suruh pasang line telefon mengunakan nama jamil .pastu dia pakai sampai rm 3000/ dia tak bayar.sampai sekarang nama jamil kena black list dengan telekon. check nama dna no ic jamil pasti tahu di mana rumah itu. jamil di arahkan oleh tengku majid supaya berpindah duduk di rumah itu sebagai care taker rumah tu. atau menemani kaisara. kaisara durk di bilik atas jamil duduk di bilik bawah. tengku majid tinggalkan sebuah kereta untuk kaisara kereta yg beliau selalu gunakan iaitu proton keemasan cermin gelap JQQ I.

Suatu hari tengku majid beritahu dia kena ikut TMJ ke new zealand tak silap jamil la. mereka pergi ke sana untuk membeli kuda.TMJ memang tidak tahu jamil ikut tengku majid,kami sorok hal ini. tengku tik tahu tapi tengku majid dah pesan hjgn beritahu TMJ. sebelum pergi tengku majid telah meninggalkan wnag untuk kaisaran dan jamil. dekat jamil beliau beri rm 1000. kaisara pulak ribu ribu. so jadi jadi bodyguard kaisara la. ikut dia pi shooping. kami naik teksi je. sebab kalau bawak kereta JQQ1 tu nanti takut spy spy almarhum jumpa mampoih. tiap tiap malam bereka berhubung dgn telefon tu yg bill jadi rm 3000 tu. lepas seminggu kaisara cakap tengku majid suruh dia pergi new zealand jamil call yahya pastu kami naik kereta JQQ 1 hantar kaisara ke changi airport.pakai kereta JQQI tu sebab lalu kat kastam tak perlu di periksa atau di tahan. kaisara masuk jb tak pakai pasport.sama cam kami masuk singapore.tak pakai pasport.

Cakap terus terang kalau jamil nak seludup apa ap pun sapa tak tahu. baik kastam singapore baik kastam johor no one will dare to stoped the cars which plate no 1 , dengan cermin gelap. hanya depan itupun separuh je. lepas kaisara pergi tinggallah jamil menjaga rumah dan kereta tu. Apa ko orang fikir hehehe. biasalah kan aku cakap waktu tu aku muda remaja. well sifat ingin cuba ingin tahu off couse aku ada. so malam esok tu jamil beranikan diri bawa kereta proton keemasan tengku majid JQQI . jamil drive pergi sampai ke desaru. waktu tu jalan lama. tiada highway. jalan memang bengkang bnegkok. gelap. lampu elektrik mana ada. pergi desaru.pusing pusing lepak kat hotel parking depan. dalam pukul 3.00am jamil bertolak balik. waktu itu jamil ok. tak mengantuk. sihat walafiat. cergas. tak minum atau mabok pun. sampai di jalan kota tinggi yg terkenal dengan bengkang bengkoknya k jamil terlibat dalam kemalangan. kereta langgar tebing bukit. tapi demi Allah sampai sekarang jamil masih tak ingat atau tahu macamana boleh terjadi kemalangan tu. jamil bukan bawak laju. bukan berlumba.jamil pun tahu itu kereta orang. bukan sebarang ornag pulak tu. jamil buakn tak tahu bawak kereta tu selalu bawak. tapi macaman boleh terjadi kemalangan tu Hanya Allah je yg tahu.

Jamil keluar dari kereta. depan dah remok teruk berasap.panic waktu tu hanya Allah je yg tahu. jamil ambil handphone , tahan lori ikan cina. tumpang dia sampai taman sentosa. balik rumah duduk diam diam. esok tu nak tenangkan hati jamil keluar berjalan jalan ke dekat shippong complex dekat situ. dalam pukul 3.00 ada orang telefon handphone tengku majid yg jamil pegang. rupa rupanya seorang pegawai polis. dia nak jumpa jamil. dia tanya jamil di mana. so jamil cakap la di mana. dia suruh tunggu lepas tus ebuah kereta peronda polis datang ambil. jamil di abwa ke balai polis traffik untuk ambil statment. nampak le kereta tengku majid di bungkus. ada di kawasan kereta kemalangan. jamil masih ingat satu soalan pegawai polis tu. ( kau ada nampak hantu tak ) jamil cakap kenapa .pegawai tu cakap di tempat jamil kemalangan tu dalam sebulan 3-4 kemalang terjadi. ia memang kawasan kemalangan. lepas tu jamil di benarkan balik tapi di saman. so jamil kena pergi ke mahkamah kota tinggi kerana memandu tanpa lesen. seminggu dari tarikh hari tersebut.

Lepas tu jamil keluar dari rumah tu balik ke bilik sewa lama jamil. nasib baik kosong lagi. lepas tu tak dengar langsung pasal tengku majid. tak berani call die. tak berani jumpa dia. seminggu lepas tu jamil ke mahkamah kota tinggi. bicara. kena denda rm 500/ waktu tu mana ada duit. siap jamil nak minta tolong tiada. cakap dekat hakim tak mampu bayar. lepas tu hakim buat keputusan duduk lokap seminggu. duduk la di lokap balai polis kota tinggi seminggu.makan ansi lokap le. 3 hari duduk lokap. seorang inspektor cakap mereka perlu bawa jamil ke istana pasir pelangi tengku majid nak jumpa. dalam pejalanan tu inspektor tu kata kalau kena belasah tahan je la ok. . sampai di istana pasir pelangi kami duduk dalam satu bilik di stable kuda. dalam 10 minit engku faisal ketua pengiring TMJ datang. dia punya beleter panas telinga. memang jamil tahu jamil akan di belasah .pasti punya. dekat sejam tunggu. inspektor tu datang selepas di panggil oleh TMJ. dia kata kita balik lokap TMJ tak benarkan tengku majid buat apa apa dekat jamil. kata inspektor tu sebab jamil dalam tahanan polis di lokap selama seminggu .jadi kalau mata aku badan aku seluruh tubuh jamil bengkak bengkak siapa nak jawab. polis nak jawab tolong sikit, mak nak jawab tolong sikit, bapak nak jawab tolong sikit, inspektor tu nak jawab tolong sikit. atok nak jawab tolong sikit. jadi selamatlah jamil dari di belasah lagi…

Lepas seminggu jamil di bebaskan. balik jb cari kerja . apa yang boleh jamil ceritakan di sini walaupun negara kita ada undang undang tapi belum tentu kita akan selamat , undang undang yang ada sekarang belum tentu boleh membantu kita. polis menguatkuasakan undang-undang ,mereka lah yang sepatutnya memastikan setiap rakyat malaysia mengikut undang undang .TETAPI apabila sampai ke tangan istana dari sultan hingga ke kerabat jamil berani potong kedua dua tangan lah, kalau ada polis di malaysia yang berani menahan atau menegur mana mana sultan dan kerabat mereka melakukan apa sahaja terhadap rakyat. silap silap haribulan polis pun dua kali lima jadi tukang belasah .tak payah ceritalah polis kuat ke , berkuasa ke. sekali sultan jeling je dah terkencing dalam.

Ada lagi sambungan tapi entahlah kalau ada mood jamil sambong lagi k.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads