Rabu, 14 September 2011

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


Catz&#39;s Cafe: Buah <b>Tampoi</b>

Posted: 05 Sep 2011 10:14 PM PDT

pernah jumpa buah tampoi??

Buah tampoi can be catagorized as exotic wild jungle fruit. menurut pakcik yang jual dan paksa-rela aku beli nih susah nak jumpa buah ni. duk jauh nun dalam hutan and normally orang asli ada jual if lalu dekat perkampungan mereka.

Pokok Tampoi merupakan pokok buah-buahan subtingkat dalam hutan hujan tropika dan banyak tumbuh di Borneo.

Di Hilir Perak, ia dikenali sebagai buah larah.

Semalam aku pi beli sayur sikit kat hypermarket, tiba-tiba depan tu ada jual buah durian dan buah yang rupanya pelik. aku ingat kan sejenis bawang ke apa tah ---> gila jakun aku kan.
Nak tanya segan (wah pemalu rupanya aku ni) tapi dek aku nih asyik pandang-pandang, pakcik tuh belah sebijik utk bagi rasa kepada potential buyer yang duk pandang-pandang tapi macam takut nak beli.
dia bagi aku rasa seulas. eh..sejenis makanan la. sejenis buah. sedap. manis.

Pakcik tuh kempen-kempen:

" 3 kilo RM10". sekilo RM4.00.

aku cakap nak sekilo je. pakcik tuh suhhhh gak amik 1.5 kilo =RM5.00.

dia cakap: utamakan lah buah-buahan tempatan. buah ni susah nak dapat ni..dalam hutan nuuuu duk cari. nak jumpa musim dia pun susah. rugi kalau tak beli. baik cuba..sedap! manis!!

aku rasa kan..dia pikir aku nak pi beli buah durian kat gerai sebelah tuh, dan nampak sepelastik buah anggur kat tangan aku.
eh..helllowww pakcik, buah durian tuh buah tempatan febret ai ok.

and now katanya buah tampoi ni ada juga ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat, di Johol Negeri Sembilan dan di Johor jugak.

Setau aku yang kat Johor tuh Hospital Tampoi., bukan pokok tampoi. err..Jalan Tampoi pun ada di Johor jugak. ye dulu i menoreh mencarik rezeki di kawasan perindustrian Tampoi jugakkk.Kilang electronic yang meninggalkan nostalgia dan troma jugak lah kan. ok, best jugak keje situ, yang tak bestnya aku keje macam hampir 24 jam setiap hari, sampai tidur kat Kilang, macam lah abah aku pemegang share kat company tu.
Tu belum cerita lagi betapa troma aku bergaduh dengan operator kat production line yang kejap-kejap MC, kejap kang cuti, kejap kang ada jari hampir putus sebab memandai-mandai guna pisau untuk proses yang sepatutnya tak guna pisau. err...ni bukan kilang popia ye., ni kilang elektronik. paling aku ingat, syasya, operator mak nyah yang pakaiannya setiap kali datang keje buat aku rasa nak tanya, " berapa ringgit harga baju kau ni nok?" . sebabnya kalah ropa pakaian dia dengan dress ratu cantik bolivia tuh. walau akuu kadang perang mulut dengan dia sebab dia suka datang lambat, tetipa kali raya dia bagi aku kuih raya satu tupperware besar macam nak makan 10 orang. tu semua kuih-kuih raya yang dia buat dan jual. ok..tu cerita zaman-zaman aku keje kilang dulu. engineer merangkap supervisor merangkap minah karen.

eh..apesal aku menyimpang jauh sangat ek? aku nak cerita pasal buah tampoi la.



ok, nak kupas buah ni senang je.tanggalkan tangkai tu kan. dan bubuh buah antara kedua tangan kita, macam nak belah buah manggis tuh.

tada....putih melepak. rasa dia macam rambai sket, tapi manis dan lebih lemak, kdg ada rasa masam-masam sikit. sedap!!!

buah ni ada yang warna oren dalam dia. tapi yang ni putih...manisssssss .

ok dah . ini saja pelajaran geography hari ni.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads