Khamis, 1 September 2011

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Perjalanan ke UiTM Segamat | Omar.my

Posted: 08 Jun 2010 06:18 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku menulis entri ini sebaik sahaja menjejakkan kaki kembali di bumi Negeri Selangor selepas lebih 6 jam perjalanan pergi balik ke Segamat, Johor. Mengapa aku ke Segamat, begini, pada Mei 2010, aku telah menerima tawaran menyambung belajar ke IPT UiTM dan pada 3 Mei 2010, keluarlah keputusan kampus. Jadi bagi mengetahui selok belok ke Segamat sebab dah lama tak pergi, aku pun pergi la mensurvey kawasan tu.

So, tanpa melengahkan masa, jom teruskan membaca entri yang tak seberapa ini. Perjalanan dimulakan dengan (bismillah terlebih dahulu ye…) dari KLIA. Sebab apa dari KLIA, ada sebab yang tersendiri ye. Ok, daripada KLIA aku terus menuju ke selatan tanah air melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Route from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) to Tangkak

Simpang dari KLIA ke Johor (selatan)

Dari persimpangan KLIA, terus memasuki Negeri Sembilan melalui persimpangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan UiTM Kuala Pilah, melalui lebuhraya PLUS, aku teruskan perjalanan ke Melaka dan keluar di Tangkak selepas membayar tol lebih kurang RM 19. Sebaik sahaja sampai di Tangkak, aku bagaimanapun masih tercari-cari route ke Segamat. Akhirnya, selepas setengah jam, aku berjaya memasuki lorong yang betul ke Segamat untuk terus ke destinasi.

Sila ambil maklum terdapat 2 route yang berlainan untuk ke Bandar Segamat. Sebagai contoh, aku ambil route dari KLIA, korang boleh mengambil PLUS Exit di Tampin atau Tangkak. Caj perjalanan toll bagi kedua-dua Exit ini pun berbeza ye.

Cuma, perjalanan yang nampak singkat didalam peta Windows Live Local, rupanya mengambil masa yang agak panjang juga. Sepanjang perjalanan, pemandangan hanya dihiasi dengan ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation. Oh sungguh membosankan, kalau tak percaya, boleh tengok 2 gambar dekat bawah ni.

35 kilometer lagi ke bandar Segamat.  (Route Exit: Tangkak)

Berada dalam daerah Tampin  (Route Exit: Tampin)

Sebatang pokok yang mati di dalam laluan perjalanan ke Segamat (Route Exit: Tampin)

Bergantung kepada pengalaman aku melalui kedua-dua jalan ni, teutama melalui exit Tangkak, sesiapa yang sampai di Tangkak selepas jam 9 malam dan berniat nak teruskan perjalanan ke Segamat, silalah berhenti rehat terlebih dahulu dan sambung perjalanan semula pada jam 5 pagi ke-esokkan harinya, atau bila hari dah cerah. Mengapa? Route ke Segamat melalui Gunung Ledang dan Jementah hanyalah ladang kelapa sawit, so bila malam, ia adalah kegelapan yang nyata. Complete darkness tu.. memang tak nampak apa. Kalau melalui route Tampin, InsyaAllah tiada apa-apa yang berlaku, hal ini disebabkan jalan-jalan disitu aku tengok ada tiang lampu. Cuma jangan speed dah la. Bahaya tu.

Kesimpulan kat sini, kedua-dua jalan kat sini sebenarnya memang tak sesuai untuk pemanduan waktu malam. Tapi, kalau diberi pilihan, aku rasa korang elok preferer exit route melalui Tampin walaupun sedikit jauh.

Sampai di pekan Jementah pada jam 12.30 petang, tiada apa yang agak menarik perhatian aku disini melainkan buah-buah durian yang semakin lama semakin banya dijual ditepi-tepi jalan. Pemandangan ini secara otomatik mengingatkan aku kepada slot filem animasi Geng : Penggembaraan Bermula..haha, pemandangan sekeliling masih lagi ladang kelapa sawit milik Sime Darby dan IOI. Setelah 1 jam 30 minit perjalanan, memang hutan je kiri-kanan,  kalau malam memang jangan lalu lah ye, aku akhirnya sampai ke Daerah Segamat. Alhamdullilah, perjalanan masih jauh nampaknya. Tetapi pemandangan sekeliling dah berubah, jika tadi ladang kelapa sawit, kini digantikan dengan lot-lot kedai dan Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti.

Dipendekkan ceritera, aku sampai di Bandar Segamat pada jam 2.30 petang, dari Bandar Segamat (agak membangun tempat ni, boleh tahan la aku tengok) aku terus meneruskan destinasi ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Segamat. Akhirnya, tepat jam 4.10 petang, aku sampai di UiTM Segamat. Untuk menjimatkan bandwith blog aku, disini adalah beberapa keping gambar jer yang sempat aku upload.

Papan tanda Selamat Datang

Ketibaan disambut oleh beberapa batang pokok pinang

Pondok pengawal @ pengawai keselamatan. Ada ATM berhampiran pondok ni

Ibupejabat UiTM Johor, aku rasa la.. tak berapa clear sebab amik dari jauh :(

Jadual waktu melawat. Sila baca dengan teliti,

Disambut dengan meriah oleh pokok-pokok bunga UiTM dan pegawai keselamatan yang agak mesra aku rasa, semasa berbual-bual dengan guard kampus tersebut, sempat gak aku meninjau-ninjau kampus tersebut. Memetik kata guard tersebut, pelajar kebanyakkan tak perlu la nak keluar ke Bandar Segamat sebab kata beliau semuanya dah ada dekat dalam kampus tu. Oh ya, kemudahan ATM pun tak silap aku ada, cuma aku tak test jer tadi. Malas la..

Selesai menyelesaikan apa yang patut di UiTM, aku pun kembali ke Bandar Segamat untuk melihat apa yang patut. Memang boleh tahan membangun la tempat ni, tapi bila aku lihat sekeliling, ntah bila la tempat ni nak  sama taraf macam Johor Baharu tu.

So, dalam pukul 5.00 petang, aku pun bergerak keluar dari Bandar Segamat. Kali ini, tak nak melalui Tangkak, aku melalui route Tampin, Okay, disebabkan aku melalui route Tampin, aku sampai Gemas pada 5.40 petang. Naik cram kaki duduk dalam kereta lama-lama. Membangun jugalah tempat ni. Masakan tidak, dah nama pun hub persimpangan tren antarabandar (intercity) KTM. Keadaan disini lebih kurang sama seperti di Chow Kit, KL tetapi masih belum wujud kelibat warga-warga asing seperti di KL. Kebetulan lalu dihadapan stesen KTM Gemas, so aku pun shot jer la gambar kat bawah ni…

Stesen Keretapi Gemas, Negeri Sembilan

Dari Gemas, selesai melaksanakan apa yang patut dilaksanakan, aku pun pergi meneruskan perjalanan sebagai seorang musafir (hehehehhe…) untuk terus ke Kuala Lumpur. Sekali lagi aku kena berada dalam kereta untuk jangkamasa yang lama sebab pemanduan hanyalah (90-110 km/j sahaja. Sampai di Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam.

Kesimpulannya, aku agak penat hari ini..haha, bukan la, kesimpulannya, kepada sesiapa yang dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM Johor (i mean Segamat), sila follow langkah dibawah:

  1. Datang ke Segamat pada 25 Jun 2010. Perjalanan mengambil masa yang lama dan memenatkan korang, ditambah lagi dengan MMS pada ke-esokan harinya.

  2. Walaupun korang dah ada dalam daerah Segamat (ataupun bandar Segamat), perjalanan ke UiTM Segamat mengambil masa yang agak lama juga (12 KM atau relatif 15 minit).

  3. Sila ambil perhatian bahawasanya menurut pemerhatian aku, hanya ada 1 hotel yang memuaskan dekat situ, jadi sila buat tempahan sekarang. Nama hotel adalah VIP Hotel Segamat (sila klik untuk website dan call untuk tempahan bilik)
  4. Kalau siapa yang rasa datang dari Utara Malaysia, boleh lepak-lepak kat Port Dickson atau Melaka sehari (atau dua hari) sebelum 26 Jun 2010.
  5. Pastikan korang sampai kat kampus sebelum pukul 5.30 petang ye.
  6. Stesen KTM terdekat ialah KTM Segamat. Dari situ korang boleh turun di KL Sentral atau Johor Baru. (berguna time nak balik raya 6 September 2010 nanti)

  7. Kalau rumah dekat (maksud aku kalau rumah korang dekat Melaka, Negeri Sembilan), boleh tinggalkan barangan berharga. Next time baru bawak.

  8. Diingatkan, UiTM Segamat dikelilingi hutan tebal (tak percaya, sila rujuk Wikimapia), sila pastikan korang menjaga diri masing-masing. Cuak oh kalau keluar malam.
  9. Akhir sekali, once parent korang dah balik ke rumah masing-masing, aku tak rasa mood korang nak keluar dari kawasan kampus tu ada. Sebab, sepertimana aku cakap dalam #2, memang jauh.

  10. Menurut video korporat, aku rasa ni kampus yang best. Semuanya nampak high-tech jer terutama dalam bidang IT

Jadi sesiapa yang dapat kampus tu atau dpt kursus Sains Komputer, sila add aku kat Facebook (http://fb.me/omar1992) . Baiklah, itu aja. Sekian.
Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads