01 di batu pahat - Google Blog Search |
1 Syawal <b>di Batu Pahat</b> :-) | amfarra.blogspot.com Posted: 15 Sep 2011 12:04 PM PDT *Peringatan: entry ini panjang. aku terbawa2 ketika menulis. Bear with me. --- Wah! Syok sungguh aku nengok kawan2 yg dah update citer pasal raya dorang! Paling syok tgk pic2 raya tuh .. syok kan? Tgk pic orang pun aku leh feeling2 syahdu, apatah lagi tgk pic sendiri kan? maka aku pun teruja nk share citer raya aku ... This year raya kat Batu Pahat.. hmmm mmg tak dapat disangkal lah ke'best'an nyer tuh. Aku pernah buat entry 'AKU SUKA RAYA KAT BATU PAHAT' untuk Aidilfitri tahun 2009. So, tahun ni.. sebenarnya aku boleh copy the same entry lah.. ekekekek.. sama jek Cuma kena tukar pic aje lah.. kasik lebih latest, yg mana anak2 cousins semua dah semakin beso.. ada yg aku dah tak cam .. sampaikan ada yg aku terkasik duit raya tapi ekceli dorang tu dah kerja hahaha, tapi tak apa .. utk yg masih bersekolah, aku kasik as sedekah, utk yg dh bekerja, anggap lah itu hadiah hari raya :-) Pagi raya kali ni aku agak organized lah. Biasanya aku la paling x ready bila abang aku kata time's up! Masa utk berkumpul dan salam mak … this year, aku dah ready … boleh pose2 lagi sementara tunggu yg lain .. wohoo.. bangun kul 5 lom tentu leh siap by 7 tau .. maklum la byk orang kan ... by 7.30 tuh dah kena siap utk bersalaman.as usual, part ni mmg aku biasanya rasa berat .. bukan sbb takmo minta maaf, tapi tak suka berperasaan sebak melihat airmata mak bergenang setiap kali anak2 bersalam dengan beliau. kalau dah tgk mak bergenang air mata, apatah lagi aku kan? maklum lah aku pun seorang mak jugak... aku harap aku akan jadik mak yang terbaik dan sangat supporting macam mak aku! dalam pada berat tu, tetap jugak aku mendapatkan emak dan meminta ampun dan maaf, meminta mak menghalalkan segala yang mak dah beri dan masih memberi dan akan tetap memberi aku dan adik beradik lain. aku percaya, mak sayangkan kami semua ... mak akan sanggup memberi apa sahaja untuk kebahagiaan anak2 .. tapi apa yg kami mintak adalah doa dan restu emak utk kami dan anak2 kami. aku dulu2 tak pandai nak mintak maaf mcm cara orang2 tua tu. aku tgk org2 tua dulu, mesti duduk bersimpuh, lepas tu dalam bahasa jawa, panjang betul ucapan maaf.. dengan berbisik2 . yang aku selalu terdengar ialah, "aku njaluk ngapuro awal akhir bla bla bla diterimo pangiran...." sampai sekarang aku belom pandai minta maaf dalam bahasa jawa. Masa aku kecik2, aku kekok nak cakap, "Mak, Aya (panggilan aku dlm family aku je) minta maaf". Biasanya, maksud aku biasanya dulu2, aku cuma cakap, "Mak, selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin" Ucapan standard kad hari raya. tapi now, beberapa tahun kebelakangan ni, sejak bersuami, ber anak2... aku tak lagi cakap selamat hari raya. aku terus kepada tujuan aku ... dan berterus terang. tak lagi meminjam kata2 dalam kad raya maaf zahir batin tu ... dengan suami, mak dan mak mertua ucapan maaf aku lebih panjang ... tujuan aku satu, meminta maaf dan minta mak halalkan segalanya... Alhamdulillah.. lain sangat perasaan meminta maaf dengan tulus ikhlas mcm tu. automatik, airmata akan bergenang jugak, tanpa dipinta. dan paling sedih bila jawapan mak setulis ikhlas, memaafkan segalanya, mendoakan kami dan mak pun meminta dirinya dimaafkan oleh anak2 ... betapa lembutnya hati seorang ibu ... bukan sahaja memaafkan, bahkan meminta maaf sedangkan jelas sekali mak tak pernah ada buat salah kat aku dan anak2 lain ofcourse .. Sebak. tersayat hati. Kemudian baru lah bermaafan dengan adik beradik lain ... Alhamdulillah, keluarga aku masih bersama semuanya. Keluarga semakin besar, dan Alhamdulillah aku mempunyai abang2 dan kakak2 yang aku kira sangat bertanggungjawab. Dan Alhamdulillah, aku ada ahli keluarga yang boleh mengubah kesedihan kepada kegembiraan. Biasanya bila melihat mood anak2 dan anak2 buah yg belum memahami erti kemaafan, kerenah merekalah yg mengubah mood dipagi raya. Usai bermaafan, sesi memberi duit raya untuk anak2 buah .. anak2, itulah kegembiraan mereka selain dpt menggayakan baju dan kasut baru, kan?... dan selepas tu zass ke rumah Wak Ajis (abang sulong arwah bapak, tempat kiterang mengadu nasib dipagi raya sbb beliau bagaikan pengganti arwah bapak) .. kat rumah Wak Ajis laaaagi lah meriah! Malas nk tulis banyak, yg tu tgk je lah kat entry 2009. Its about the same, Cuma makin bertambah ramai! Secara fizikal, wak Ajis sihat, namun sedang menghadapi dugaan lain dari Allah S.W.T. kami sebagai anak2 beliau, tetap berdoa agar beliau sihat dan dapat bersama-sama kami lagi di masa-masa akan datang. Ucapan daripada wakil wak Ajis, yaitu Hj Khamim, cousin aku, sangat mendalam. beliau dalam nada sebak menahan tangis, cuba memberitahu kami, betapa eratnya ikatan kekeluargaan yang terjalin antara kami, sehinggakan kami dapat berkumpul dan bertakbir beramai sebagai sebuah keluarga yang sangat besar dan dapat merasakannya pada setiap pagi hari raya, adalah kerana kehadiran "bapak" (Wak Ajis). Ucapan beliau amat menyentuh hati aku. Dalam beliau berucap, diruang mataku menari2 hari2 yang pernah berlalu ketika aku kecil, ketika arwah bapak dan abangnya, Wak Ajis masih sihat membanting tulang dikebun. Pantas masa berlalu. Semoga Allah memberi kesihatan untuk ibu, kedua ibu bapa mertua, ibu bapa saudara, keluarga, dan saudara seislam seluruhnya, Amin. (doa ini general utk semua ibu2 dan saudara2 uols pembaca ... ) gambar2 lain di pagi 1 Syawal Waaahhhh! entry balas dendam kot ni? ekekke.. harus lah aku stop dulu... tak kosser nak terus sampai ke Syawal 2, 3, dan ke 15 ekekekke ... Sehinggal bertemu di lain siaran hadek2 semua... Selamat Hari Raya! daa! --- |
You are subscribed to email updates from di batu pahat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan