01 di endau - Google Blog Search |
..cerita seterusnya..: hometown - <b>Endau</b> ------>Teluk Sari Posted: 05 Sep 2011 10:46 PM PDT Endau terletak kira-kira 306km dari Kuala Lumpur dan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam (mengikut kiraan google map) untuk sampai ke sana. Kalau dah biasa drive 3 jam pun dah boleh sampai, tapi tu kena drive macam nak bunuh diri lah. Saya di besarkan di sini sejak kecik hingga lah habis sekolah menengah. Walaupun anak jati Endau, saya tak habis jelajah pun kampung sendiri. Tempat jauh macam gunung kinabalu dah selamat saya jelajah, tapi kampung sendiri banyak juga tempat yang saya belum sampai. Sadis jugak lah. Beberapa hari sebelum raya haritu saya keluar jalan-jalan kat kampung...orang putih kata sight seeing. Tempat yang saya paling suka pergi kat sekitar kampung ialah pantai. Di Endau, pantai yang agak famous ialah pantai Penyabong, tapi saya lagi suka pergi pantai Teluk Sari dan Teluk Gorek. Dua tempat ni terletak di Tanjung Resang, salah sebuah kampung yang ada di mukim Endau. Saya suka pantai di sini kerana keadaan pasirnya yang landai dan bersih, cuma kena bersabar sikit lah dengan bau tahik lembu. Biasa lah lembu-lembu kat sini mana pernah sekolah jadi najis-najisnya bersepah lah atas rumput. Dulu-dulu masa kecik-kecik memang selalu picnic kat sini. Masa tu tak ramai lagi yang tahu tempat ni sebab semuanya tertumpu kat Penyabong. Sekarang tempat ni dah ramai orang tahu, siap dah ada jalan tar yang cantik, orang pun dah ramai bermandi manda, nak camping pun boleh. ![]() ![]() tak pasti lah kenapa nama dia pasir lanun... banyak lanun agaknya dulu-dulu.. ![]() Sesekali balik kampung dah banyak perubahan. Banyak rumah-rumah baru dibina, jalanraya pun dah selesa. Indahnya kampungku. Jemput lah datang ke Endau kepada sesiapa yang belum pernah sampai. |
You are subscribed to email updates from di endau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan